CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 819|Reply: 6

Elizabeth Tan dan rapper, Zynakal bergabung dan ini terjadi....

[Copy link]
Post time 1-7-2022 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Pop dansa manusia 'Narsis'


LAGU Narsis gandingan sulung Lizzy dan Zynakal.

PENYANYI serta pelakon cantik popular tanah air, Elizabeth Tan dan rapper, Zynakal bergabung buat pertama kalinya dalam single terbaharu beritma pop dansa ala Korea berjudul Narsis terbitan Warner Music Malaysia.

Elizabeth yang mesra disapa Lizzy berkata, dia mengambil masa lama untuk merakamkan single baharu disebabkan komitmen kerja dan keluarga.

"Sebenarnya saya banyak menerima tawaran berlakon dan kebanyakan proses penggambaran selalunya memakan masa lama, selain itu saya juga lebih fokus dengan keluarga selepas berumah tangga pada tahun lalu.

"Disebabkan itu agak lama saya tiada lagu baharu. Saya juga baru selesai menjalani penggambaran drama, barulah saya berpeluang masuk studio untuk merakamkan lagu.

"Kerjasama dengan Zynakal adalah idea daripada pihak pengurusan Warner Music sendiri yang mahukan gabungan baharu dan segar dalam memenuhi selera pendengar masa kini yang pelbagai," katanya.

Menurut Lizzy, pada awalnya ketika mendengar demo lagu ciptaan Brendan Lim, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Zynakal itu seperti ada sesuatu yang kurang.

"Selepas mendengar demo yang diberikan pihak MFMF, saya berasakan ada 'sesuatu' yang kurang, jadi Pengarah A&R Pemasaran Domestik, Raqeem Brian mencadangkan supaya dimasukkan rangkap rap yang dinyanyikan Zynakal, maka terhasil Narsis," katanya.

Lagu pop rancak yang berdurasi dua minit 24 saat ini menceritakan mengenai perihal manusia bersifat narsisistik yang wujud dalam kalangan masyarakat kita sejak dulu.

"Lirik lagu ini sebenarnya sangat 'straight forward'. Kalau dihayati ia mengenai seorang lelaki 'narsis' yang mementingkan diri dan tidak mempedulikan orang lain selain dirinya.

"Lagu ini juga agak peribadi bagi saya kerana saya pernah mengalami situasi berdepan insan sebegini di mana saya diperlakukan dengan teruk dan tidak adil," katanya.


SINGLE terbaharu perihal insan bersifat narsisistik.

Dalam masa sama, Lizzy yang memulakan kariernya sebagai penyanyi berkata, dia kini lebih cenderung dalam bidang lakonan.

"Saya minat berlakon dan menulis lagu, bidang nyanyian pula mungkin jatuh nombor dua, namun jika disuruh memilih, rasanya sukar untuk saya membuat keputusan. Bagi saya bidang lakonan memberi kepuasan yang berbeza di mana saya berpeluang membawa watak yang berlainan serta ada cabarannya kerana setiap watak ada keistimewaannya tersendiri.

"Melalui penulisan lagu pula, saya dapat menghiburkan dan menginspirasikan pendengar seperti lagu Tabah yang saya nyanyikan dahulu. Peminat memberitahu lagu itu membantu mereka yang kemurungan untuk bangkit semula. Itu istimewanya muzik, sebuah alatan luar biasa yang dapat menyembuhkan seseorang dari pengalaman yang memberikan trauma," katanya.

Sementara itu, Zynakal menyifatkan Lizzy seorang penyanyi yang berbakat.

"Saya dengan Lizzy berada di bawah syarikat rakaman sama, jadi pihak Warner Music yang mencadangkan kami dipadukan dalam sebuah single pop dansa ala Korea yang popular ketika ini. Proses rakaman memakan masa beberapa jam di Studio MFMF, manakala proses pengubahsuaian dan suntingan lagu ini berlanjutan selama seminggu.

"Bagi saya, Lizzy ialah seorang artis yang berbakat dan sangat komited. Dia tahu apa yang diperlukan untuk menaikkan sesebuah karya sehingga betul-betul menjadi. Untuk rangkap rap dalam lagu ini, saya sendiri menulis liriknya serta menambah 'flavour' Zynakal melalui nyanyian rap saya," katanya.

Serentak dengan single itu turut dilancarkan muzik video (MV) yang ditayangkan di YouTube Warner Music Malaysia dengan konsep artistik dan punya jalan cerita menarik.

"Dalam MV Narsis yang diilhamkan oleh pengarah, semua yang berlaku hanya imaginasi semata-mata dan tiada orang di sekeliling menggambarkan betapa traumanya perasaan itu.

"Saya berharap peminat semua sukakan Narsis sebagaimana lagu saya terdahulu, walaupun pendek, mesejnya terpampang jelas. Terima kasih atas sokongan anda selama ini, saya sayangkan kamu semua dan jangan lupa untuk menonton MV lagu ini nanti," kata Lizzy.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ansa-manusia-narsis

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 1-7-2022 08:44 AM | Show all posts
Tetap tak layan langsung.. Baik dgr lagu-lagu slow zaman 90-an dan awal 2000-an serta anisong daripada lagu-lagu zaman sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
xsedap lansung suara et...mcm bercakap ja
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 1-7-2022 09:08 AM
xsedap lansung suara et...mcm bercakap ja

Macam orang kena sembelit je suara dia. Tengah meneran
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:17 AM | Show all posts
tapi lagunya sedap la... cuma betul la suara tu mengingatkan iolss kepada kucing nak mengawan dan si acik yenna... tak pasal2 muncul ira kaza dalam ingatan nauzubillah min zalik
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:03 AM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 1-7-2022 09:08 AM
xsedap lansung suara et...mcm bercakap ja

Setuju, tak kira lagu apa pun.. Lagu-lagu zaman 90-an lagi padu..

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 10:36 AM | Show all posts
biasa aku suka je Lizzy ni punya lagu and suara

tapi kalini sorry, aku sampai ingat lagu parodu si Fafau yang nyanyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.079432 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list