CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 598|Reply: 6

[Tempatan] Polis cari pikap tular memotong di garisan berkembar di Janda Baik

[Copy link]
Post time 1-7-2022 07:37 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar memaparkan tindakan pemandu memotong di garisan berkembar.

Polis cari pikap tular memotong di garisan berkembar di Janda Baik

BENTONG – Polis sedang mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang tular memandu dengan bahaya apabila memotong garisan berkembar di Jalan Janda Baik di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan giat dilakukan dan polis akan memanggil pemandu terbabit untuk memberi keterangan.

“Jika didapati bersalah pemandu pacuan empat roda tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah kaedah-kaedah lalu lintas 167/59 iaitu Rule 12(3)(A) dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan

“Polis meminta mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan raya untuk tampil memberi maklumat dan polis menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah,”katanya di sini hari ini.

Hari ini tular dalam media sosial sebuah pacuan empat roda memotong kenderaan di laluan berkembar sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai sikap tidak bertanggungjawab pemandu pacuan empat roda berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... mbar-di-janda-baik/

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 1-7-2022 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiap2 masa semasa memandu, ada je boleh nampak pemandu langgar undang2. Maybe siapa2 yang ada rakaman dashcam boleh hantar rakaman pada jpj/polis. Kadang2 rasa geram tengok driver yang potong barisan dll....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 03:09 PM | Show all posts
Cari jgn x cari...nasiblah x berlaku kemalangan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cilaker nye perangai, biasanye klu eksiden cilaker ni mesti tak mati cedera pun tak kadang2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat tangkap kasi scrap kerets dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:04 AM | Show all posts
sila crik sampai dpt
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan polis cari driver tu sampai dapat sampai end up masuk penjara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.261663 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list