CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 1

"Tersentuh Hati Mummy," - Memey Suhaiza Terharu Melihat Interview Norman Dan Danish Hakim

  [Copy link]
Post time 30-6-2022 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Instagram Memey Suhaiza


Baru-baru ini, Memey Suhaiza telah memuatnaik video baru di akaun Instagram miliknya yang memaparkan temubual Norman Hakim dan Danish Hakim menerusi rancangan Tangisan Di Baitullah yang diterbitkan oleh TV Alhijrah.


Menurut Memey, hatinya berasa sangat tersentuh apabila melihat temubual di antara Norman dan anaknya Danish. Memey juga berharap agar ukhuwah dan kasih sayang antara mereka sekeluarga sentiasa terjalin baik sehingga akhir hayat. Memey juga sempat memohon maaf kepada Danish di atas segala kekurangannya sebagai seorang ibu.


  



Menerusi video itu, Danish berkata dia berasa sangat bersyukur apabila melihat Memey dan ibunya Abby berpelukan. Semasa menceritakan mengenai momen indah itu,  Danish kelihatan menahan sebak kerana sangat bersyukur apabila seluruh keluarganya bersatu.


Sumber: Google Image




Lembut dan sangat baik tutur kata Danish yang mengatakan bahawa Allah telah aturkan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Dalam setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya dan perancangan Allah itu lebih baik.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu melihat sesi temubual itu. Di samping itu, netizen juga mendoakan kesejahteraan keluarga Norman dan Memey dan tidak dilupakan kepada Abby sekeluarga. -CARI



Sumber: Instagram Memey Suhaiza






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
xde org nak komen maka kaka komen lah, alhamdulillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.082175 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list