CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 6421|Reply: 107

[Tempatan] Berita mlm seram:Kakitangan awam ini terkejut pinjaman banknya naik sehingga 600 selepas bank naikkan BR

  [Copy link]
Post time 29-6-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-6-2022 08:21 AM



PETALING JAYA: Seorang penjawat awam terkejut apabila bayaran balik pinjaman peribadinya melonjak sehingga lebih RM600 sebulan selepas bank melaraskan kadar asas (KA) dan kadar asas pinjaman (KAP), Mei lalu.

Beliau yang enggan dinamakan memberitahu FMT bahawa sebelum ini bayaran balik pinjamannya ialah RM1,450 sebulan, tetapi bermula akhir bulan ini ia perlu membayar RM2,072 sebulan.

“Saya terpaksa tanggung perbelanjaan bayaran balik yang terlebih sangat. Selepas bank isytihar naikkan BLR (kadar pinjaman asas), saya kena bayar lebih RM2,000 setiap bulan. Dengan harga barangan yang hampir semua meningkat, apa yang tinggal untuk saya tanggung keluarga?” keluhnya kepada FMT.

Pada 8 Jun lepas, beliau menerima surat rasmi daripada bank berkenaan menyatakan kadar KA dan KAP telah berubah daripada 2.60% kepada 2.85% berkuat kuasa 20 Mei 2022.

Beliau membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 empat tahun lepas dan kini berbaki sekitar dua tahun untuk melunaskannya.

Sudah 28 tahun berkhidmat untuk negara, beliau terkejut dengan peningkatan mendadak itu dan berasa kecewa dengan kerajaan yang dilihat tidak membuat kajian menyeluruh sebelum bertindak menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bank.

Kenaikan OPR oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menyaksikan rata-rata bank tempatan di negara ini mula menaikkan KA dan KAP masing-masing, sehingga menjejaskan rakyat.

“Bagi saya, kerajaan kena ada mekanisme untuk kaji sesuatu dengan lebih mendalam dan kesannya terhadap orang kebanyakan.

“Kalau harga barang dah naik lepas itu kerajaan naikkan lagi kadar bayaran balik pinjaman, macam mana orang nak seimbangkan dengan harga barang? Kaji betul-betul dulu,” tegasnya.

Bakal bersara sekitar dua tahun lagi, penjawat awam ini sebak memikirkan masa depan keluarga terutama anak-anaknya yang masih bersekolah.

“Saya ada anak yang masih bersekolah. Tiga orang masih bersekolah, dua orang sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Semua masih bergantung pada mak ayah mereka. Sudahlah harga barang semua naik,” ceritanya

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/29/bank-naikkan-blr-penjawat-awam-merana-bayaran-pinjaman-peribadi-melonjak/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 29-6-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kawal inflasi  tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:43 PM | Show all posts
uikkkk byk bebenor naik tu, dari RM1450 jadi RM2072....

Loan aku naik gak tp xder sebanyka tu

satu RM 1580 naik jadi RM1670, satu lagi dari RM720 jadi RM770 jer....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangkok mana yang approve kecairan aliran tunai dalam pasaran, pengeluaran KWSP, gaji minimum RM1500 tempoh hari? Ujong-ujong inflasi, cash is king kong katanya!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin sebab tempoh pinjaman yang pendek sebab tu naik byk walau basis poin naik sikit je.
Apply 4 tahun lepas tinggal 2 tahun lg nak abis. Aku andai kan tempoh pinjaman  6 tahun atau 5 tahun (kalau ada apply moratorium).

Sepatutnya bank negara kena perketatkan syarat gaji bersih (ndi) yang tinggi untuk peminjam. Bank/koperasi fikir keuntungan/sales je. Jadi amat salah untuk biarkan bank/koperasi tentukan sendiri kiraan dsr/ndi.

Walau mcm mn pun dah nama pun pinjaman tetap lah kena bayar balik. Bak kata orang senyum pinjam senyum bayar. Kalau betul dah tak mampun mintakla bank buat restructure atau serah je la diri ke akpk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah.

Berapa ramai lagi akan terceyduk.

You own nothing but I'm happy.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
When you have nothing, you have nothing to lose
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 30-6-2022 12:02 AM
When you have nothing, you have nothing to lose {:mllaugh: ...

When you're B40,you receive every bantuan.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 30-6-2022 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aq punya loan fixed rate..xnaik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 30-6-2022 12:02 AM
When you have nothing, you have nothing to lose {:mllaugh: ...

hm betul jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-6-2022 12:17 AM
When you're B40,you receive every bantuan.

Ini semua salah kerajaan papadaficow yang berpengeluaran khas lagi e-pemula serta berkeluarga Malaysia

(13 patah perkataan sahaja)

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 30-6-2022 12:02 AM
When you have nothing, you have nothing to lose {:mllaugh: ...

when you have nothing, you can bragging about debt free
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:44 AM | Show all posts
senyum pinjam, senyum bayar
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Halahai mat gomen ni berkorban lah sikit, kan.gomen molayu isele ni. Yg.penting takdok Dap kan...kan...kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:54 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 30-6-2022 12:02 AM
When you have nothing, you have nothing to lose {:mllaugh: ...

You say it best (you say it best) when you say nothing at all
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 30-6-2022 01:03 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-6-2022 11:42 PM
Nak kawal inflasi  tersenyum sinis {: ...

USA naikkan OPR sebab nak tarik duit dari ekonomi, nak hapuskan PERMINTAAN (nak tapi tak mampu beli) untuk seimbangkan dengan PENGELUARAN yang tak boleh nak keepup (nanti harga barang boleh turun sikit). Gomen depa siap cakap, takkan ada BKM dah. Kita cuma mangsa (terpaksa ikut naik OPR untuk seimbangkan dengan USD) sebab guna USD kata Putin. Jomla masuk BRICS alternatif ekonomi (dipelopori negara2 pengeluar China, Russia, India, Africa, maybe Saudi Arabia & UAE nanti Indonesia pun) yang lebih baik, insyaallah boleh nego lagi2 time susah macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
You will own nothing and you will be happy...sikittt sahaja lagiii...time tu jgn terkejut beruk pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita bohong apa ni? BR naik 0.25 je. Tiba2 installment naik dari 1.4K menjadi 2.0K?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-6-2022 11:43 PM
uikkkk byk bebenor naik tu, dari RM1450 jadi RM2072....

Loan aku naik gak tp xder sebanyka tu

Ko jangan caya sangat cerita bohong macam tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

12-8-2022 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.088665 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list