CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 897|Reply: 3

Semangat Pahlawan - Aksi Shaukat Lengkap Bertanjak Di Texas Curi Tumpuan Peminat Gusti

[Copy link]
Post time 28-6-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode




Semangat Pahlawan! Rata-rata penonton bertanjak, berbaju melayu ketika hadir menonton wayang Mat Kilau. Di luar negara, ahli gusti profesional Ayez Shaukat Fonseka turut lengkap bertanjak membuat debut di pentas Hollywood.


Terdahulu, Shaukat pernah terbabit dalam telefilem Budak Lorong serta berlakon filem Juvana 2 dan Juvana 3 dan menjadi watak utama dalam filem Gila Gusti kini impian Ayez Shaukat  Fonseka untuk menyerlahkan bakatnya di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.

  



Selepas 7 tahun menjadi ahli gusti professional, Shaukat dilamar memegang watak hero untuk muncul dalam enam episod rancangan Reality Of Wrestling oleh sebuah syarikat produksi Hollywood. Rancangan itu disiarkan di saluran The CW.


Kredit foto - Youtube (mulai minit 23:31)




Dalam siri itu, Ayez tampil dengan memakai tanjak dan jaket songket hasil tangan Paul Carling - pereka pakaian dari Sarawak yang banyak menghasilkan busana pertandingan Ratu Cantik di Borneo bagi mengetengahkan identiti Malaysia.


Menurut Ayez, tawaran ini telah diterima sejak dua tahun lalu namun ia terpaksa ditangguhkan kerana gagal mendapatkan kelulusan visa disebabkan pandemik Covid-19.


  



Perbelanjaan Ayez ditanggung sepenuhnya oleh syarikat produksi ahli gusti terkenal, Booker T dan dia juga turut mendapat tajaan dua syarikat tempatan, Cineplus Asia dan XO Ice Cream.


Bercerita lanjut keberadaannya di sana sepanjang dua minggu penggambaran, Ayez berasa terharu dengan layan baik semua pihak termasuk penerimaan positif penonton terhadapnya. Lebih manis, mereka mahu membantu mengembangkan kariernya di sana dengan mengusulkan nama Ayez untuk berlakon dalam siri lain.


Pada debut tersebut, Shaukat telah berjaya memenangi perlawanan menentang menentang Jonathan J Vega.  


Kredit foto - Youtube



Menurut pengulas, Shaukat mempunyai auranya yang tersendiri apabila berada di dalam gelanggang.


Kredit foto - Youtube



Rata-rata peminat dan rakan selebriti tempatan turut berbangga dengan pencapaian Shaukat itu. Syabas anak muda! -CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck bro
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wlpn tak minat gusti2 ni tp all the best. Moga terus berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:31 AM | Show all posts
aku mmg touching tgk org2 yg ada semangat mcm nie.. moga berjaya dan sukses.. amin yra..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.077806 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list