CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 423|Reply: 3

[Tempatan] Kuala Lumpur Berada Dalam Senarai ‘Top 3’ Bandar Paling Kuat Bekerja Di Dunia

[Copy link]
Post time 29-5-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pekerja dari Kuala Lumpur mungkin akan mempertimbangkan untuk berpindah ke bandar lain yang mempunyai kadar waktu bekerja kurang daripada 10%.

Tajuk yang kedengaran gila bukan? Namun itulah yang dilaporkan Bloomberg di mana Kuala Lumpur tersenarai sebagai bandar ketiga paling ‘overworked’ atau terlebih berkerja di dunia selepai Dubai dan Hong Kong.

Kajian yang dibuat oleh pembekal sistem mudah alih kisi ini menilai bandar-bandar di seluruh dunia untuk melihat keseimbangan hidup dalam bekerja.

Kisi menjalankan kajian di 51 kawasan bandar di Amerika Syarikat (AS) dan 49 bandar utama di seluruh dunia merangkumi 130 faktor seperti kadar kerja lebih masa, hak dan kesejahteraan pendudukan, kesihatan dan metrik keselamatan untuk mengukur intensity kerja.

Menurut satu kajian, pekerja dari Kuala Lumpur, Hong Kong, dan Dubai mungkin akan mempertimbangkan untuk berpindah ke bandar lain yang mempunyai kadar waktu bekerja kurang daripada 10% seperti di Amsterdam, Buenos Aires, atau Sydney.

Menurut kajian itu lagi, bandar yang mempunyai kadar waktu bekerja yang tinggi tidak bermakna ia tidak mempunyai keseimbangan hidup dalam bekerja sekiranya kawasan tersebut mempunyai pelbagai akses dan fasiliti yang mampu memudahkan dan menghiburkan para pekerja.

Info tambahan
Oslo merupakan bandar yang menduduki tempat pertama yang mempunyai keseimbangan hidup dalam bekerja dan diikuti oleh Bern dan Helsinki.

Manakala bagi bandar yang memiliki persekitaran yang baik untuk bekerja dari rumah pula disandang oleh negara jiran kita iaitu Singapura yang jelas berada dihadapan Washington dan Austin.

Antara faktor yang menyebabkan 3 negara ini berada di atas adalah kerana menawarkan lebih banyak pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah, menawarkan kebolehlaksanaan yang tinggi untuk bekerja dari jauh, dan mempunyai infrastruktur yang lebih baik untuk menyokong kerja dari jauh seperti kebolehcapaian Wifi.

SOURCE: THEVOCKET

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lihatlah betapa rajinnya "pemalas" berkerja.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 12:34 PM | Show all posts
tokyo ke berapa lani youols
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 12:43 PM | Show all posts
kadar waktu bekerja kurang daripada 10%.


Ada sapa2 boleh jelaskan apa maksud 10% tu. Waktu bekerja kurang daripada apa? 10% tu total hours per day atau per week? atau manipulasi statistik yg mengelirukan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.088606 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list