CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12
Return to list New
Author: Raline

[Tempatan] UUM diminta bertanggungjawab jika kematian pelajar akibat kecuaian

[Copy link]
Post time 30-5-2022 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 29-5-2022 08:00 PM
sapa suruh melayu bodo redho segala benda?mengapa nak marah pulak org lain persoal itu ini.yg pers ...

sebab dia dah dewasa la bongok...bukan budak kecik..takkan tak reti bahaya elektrik..jgn guna phone tgh caj...ramai yg buat tak mati...tapi ada juga yg dah rentung..ko ni duduk dlm hutan ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 29-5-2022 03:59 PM
katanya budak tu kena kejutan elektrik.bangunan tu tak selamat?jadi mmg tanggungjawab U kot.

Kolej mana? Me pun ex student uum tapi masa tu kolej penginapan diorang panggil Dpp.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
masalah nya dia ni ada sawan...mcm2 blh berlaku...dulu ada staff weolls sawan lps sakit..laki dia pesan suruh
tgk2kan wife dia..padahal nak keje pun dah x mampu...sepatutnya dok umah upah org jaga..same goes to this girl...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2026 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahkamah tolak tuntutan RM3 juta kes kematian pelajar UUM, gagal buktikan kecuaian universiti

Noorazura Abdul Rahman
[email protected]


R Sivakumar (kanan) bersama peguamnya, M Manoharan dan M Hariharan di pekarangan Mahkamah Tinggi Alor Setar, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Alor Setar: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tuntutan ganti rugi RM3 juta yang difailkan seorang bapa susulan kematian anak perempuannya yang didakwa maut akibat renjatan elektrik di kolej kediaman pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, empat tahun lalu.

Hakim Dr Mohammad Johan Lee memutuskan demikian selepas mendapati plaintif, R Sivakumar, 57, gagal membuktikan dakwaan kecuaian terhadap pihak universiti sebagai defendan.

Dalam penghakimannya, beliau menjelaskan bahawa pihak plaintif gagal membuktikan renjatan elektrik sebagai punca utama kematian pelajar terbabit, Vinosiny, 21.

Katanya, laporan bedah siasat yang dikemukakan pihak plaintif mempunyai beberapa kelemahan ketara termasuk dapatan awal yang dibuat sebelum siasatan lengkap dijalankan di lokasi kejadian.

"(Saksi pendakwaan pertama) SP1 (Pegawai Perubatan) mengakui membuat kesimpulan awal berhubung kemungkinan renjatan elektrik sebelum melawat tempat kejadian dan melengkapkan siasatan.

"Selain itu, ujian forensik penting seperti metalisasi juga tidak dijalankan," katanya.

Mahkamah turut mendapati laporan berkenaan tidak boleh dijadikan sandaran kukuh kerana pegawai perubatan itu bukan pakar perunding patologi forensik serta mengendalikan kurang daripada lima kes renjatan elektrik sepanjang kerjayanya.

Katanya, pegawai perubatan berkenaan mengakui bahawa kesimpulan renjatan elektrik berkemungkinan berlaku apabila buku lali si mati tersentuh palang besi di bawah meja.

"SP1 secara jelas mengakui tiada kaitan renjatan elektrik daripada lampu dinding seperti didakwa dalam kes plaintif, selain palang besi itu hanya konduktor dan tidak boleh menjadi punca elektrik dengan sendirinya.

Selain itu beliau berkata, si mati turut didapati menghidap penyakit fibrosis miokardium yang meningkatkan risiko aritmia (degupan jantung tidak normal) yang boleh membawa maut.

Dalam masa sama, berdasarkan keterangan juga, Suruhanjaya Tenaga (ST) sudah menjalankan ujian menyeluruh terhadap sistem elektrik dan merumuskan bahawa peranti (elektrik) di kolej kediaman mangsa berfungsi dan beroperasi dengan baik selain tiada petunjuk fizikal mengenai kerosakan peralatan elektrik.

"Plaintif gagal membuktikan kaitan penyebab, causation dan pelanggaran kewajipan (duty of care) oleh defendan... oleh itu tuntutan plaintif ditolak dengan kos," katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan Sivakumar membayar kos sebanyak RM5,000 kepada UUM.

Pada 28 Februari 2022, Sivakumar memfailkan saman kecuaian terhadap UUM dengan menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teruk RM1 juta, ganti rugi teladan RM1 juta dan ganti rugi khas RM50,000.

Plaintif diwakili peguam M Manoharan dan M Hariharan, manakala UUM diwakili peguam P Barvina dan Y Sathisharajah.

Manoharan ketika ditemui pemberita selepas prosiding di luar mahkamah memberitahu pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah berkenaan secepat mungkin.

Dalam kejadian pada 21 Mei 2022, Vinosiny, yang juga pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) UUM, ditemukan mati di dalam bilik asramanya, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

Disiarkan pada: April 26, 2026 @ 4:24pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 08:31 PM | Show all posts
bila ada bangsa ni di semua sector

tak kiralah kerja ke, sekolah ke

ospital ke restaurant ke

pasti kena fikir 100 kali,

selalui play victim

PM pun pening kepala

cina je yg boleh hadap sebb satu tongkang
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2026 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mati kene renjatan letrik asbab kecuaian sendiri (contoh memasak/overload extention) uni tidak akan dipertanggung jawabkan kan? - takde kaitan dgn kes ini
Harap semua uni edar pekeliling penggunaan letrik dan isu keselamatan supaya semua alert

Baidewei lawa juga mendiang
Too bad gene baik, terpelajar tidak panjang umur pula berbanding Gene huduh, mabuk dan berparang  
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.089927 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list