CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 6053|Reply: 122

[Tempatan] Update :Pakcik Janggut” dakwa difitnah tunjuk isyarat lucah

[Copy link]
Post time 25-5-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-5-2022 03:24 PM

https://fb.watch/ddAwqPKlAd/


TULAR rakaman video baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki warga emas dipukul, ditumbuk, disepak dan diterajang oleh seorang pemuda yang menaiki motosikal.

Kejadian berlaku di Padang Jawa, Klang, Selangor yang mana, menurut pelaku (pemuda berkenaan), dia bertindak (menggunakan kekerasan) kerana tidak puas hati, “Pakcik Janggut” yang memandu kereta, menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepadanya.

Difahamkan, “Pakcik Janggut” memandu kereta yang dinaiki isteri dan cucunya.



Hari ini, “Pakcik Janggut” mengadakan sidang media yang turut disiarkan secara langsung di media sosial, Instagram.

Insiden yang berlaku itu menarik perhatian netizen dengan pelbagai komen dilontarkan.


Pada sidang media tersebut, “Pakcik Janggut” yang merupakan pesara, mendakwa, pemuda tersebut memfitnahnya dengan mengatakan, beliau menunjukkan isyarat lucah jari tengah.

Pada sidang media yang sama, isteri “Pakcik Janggut” berkata, pemuda itu datang ke arah kereta mereka dalam keadaan marah.

Suaminya yang terkejut melihat pemuda berkenaan, secara spontan keluar dari kereta dan tidak sempat untuk membuat apa jua isyarat.

“Dia (suami) keluar dari kereta tanpa mengetahui apa-apa, tidak tahu menahu apa yang berlaku. Kenapa diserang? Salah bagi signal ke atau tergesel motosikal ke.

“Jadi, memang tidak sempat nak menunjukkan jari lucah atau apapun,” kata isteri “Pakcik Janggut”.

Menurut “Pakcik Janggut”, beliau cuba untuk mendengar perbualan pemuda itu dengan individu lain yang berada di tempat kejadian, apakah punca yang menyebabkan beliau diserang oleh pemuda berkenaan.

Terdahulu, pemuda berkenaan telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak puas hati dengan tindakan ganas oleh pelaku itu terhadap warga emas.

Rakaman pemuda tersebut dihentak oleh sekumpulan lelaki pada Ahad lalu, ditularkan di Facebook.

Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan dari pihak polis berhubung kejadian.

Bagaimanapun, pihak polis telah menerima aduan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pemuda (pelaku) telah ditahan untuk siasatan lanjut. – SM


SHAH ALAM - Pesara warga emas yang dipukul seorang penunggang motosikal berhampiran jejantas di Padang Jawa pada Ahad lalu dijadualkan mengadakan sidang media pada Rabu.

Anaknya, Muhammad Azzali Zainoldin, 32, berkata, sidang media pada jam 11 pagi itu diadakan di rumah keluarganya beralamat di Lot 622B 10 Jalan Bilal Wondo, Kampung Padang Jawa di sini.

Menurutnya, ahli keluarga berasa terpanggil untuk menceritakan perkara sebenar kepada umum bagi mengelakkan salah faham masyarakat terhadap bapa mereka, Zainoldin Hussain, 61.

"Sidang media ini diadakan kerana kita tidak mahu masyarakat membuat pelbagai spekulasi hingga mengundang fitnah dan aib kepada keluarga kami," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Muhammad Azzali berkata, kejadian berlaku sewaktu bapanya itu dalam perjalanan ke rumah besannya di Putrajaya.

Katanya, ahli keluarga meluahkan rasa kesal dengan kejadian itu lebih-lebih lagi bapa mereka menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, selain merupakan pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan hemodialisis.

"Dalam kejadian itu, ayah turut mengalami sakit pada bahagian kepala, mata kiri dan rusuk," jelasnya.

"Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini dan berharap esok (Rabu) kita dapat memberi penjelasan sebenar terutama dalam keadaan emosi ayah terganggu," ujarnya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/203863/Warga-emas-kena-pukul-adakan-sidang-media-esok
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
La pesaipa pakcik nak buat pc.  Mamat tu dah kena tangkap pun.  Pakcik ni siapa celebrity ke...whocares le yg anak dia pun x yah la besarkan isu.  Pak kau showed middle finger ke magic show arnab keluar dr topi ka tak ke mamat yg blasah dia dah dlm lokap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 cerita kan dalam fb tu
Boleh jadi sinetron...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul masyarakat yg bela budak tu...dah terang nyata budak tu x betul....tengok gaya budak tu cakap dgn org ramai pun boleh nampak budak tu jenis baran..

Budak mcm tu mak pal sedara sendiri pun dia akan hentam lawan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:18 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 25-5-2022 09:20 AM

wah siap bagi full address. bahaya tu.

aku rasa pokcik ni mulut laser, tu pasal kena hantam.
dia yang keluar kereta cari pasal.

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:21 AM | Show all posts
Nnoor2 replied at 25-5-2022 09:05 AM
Bodoh betul masyarakat yg bela budak tu...dah terang nyata budak tu x betul....tengok gaya budak tu  ...

ada video? nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Whoareyus? Perlu ke? Rasanya sama gedebe ja pakcik dan budak yang belasah pakcik tu. Ntah2 zaman muda dulu pun pakcik punya perangai macam budak tu so cash la bila sudah tua. Berapa ramai ja budak muda sampai hati pukul rentua tanpa sebab, hah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:33 AM | Show all posts
what the fuck.... ko sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 25-5-2022 09:21 AM
ada video? nak tengok.


https://youtu.be/DB6TggMt92U


Klik kat link.tu... atau cuba copy dan open link tu

Masyarakat sekarang sedih...mengajar generasi muda biadap..meyokong tindakan biadap...

Esok2 anak2 sendiri pun melawan sendiri...yela dah sokong sgt tindakan biadap budak2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal apa konon bergaduh ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni pakcik Janggut tu blh la buat paid review.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah report polis statement dah keluar..polis dah buat kerja. Budak tu pun dah kena tangkap dah kena luku. nak pc wat per pakcik ooiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:17 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-5-2022 09:23 AM
Whoareyus? Perlu ke? Rasanya sama gedebe ja pakcik dan budak yang belasah pakcik tu. Ntah2 zaman mud ...

Kan!  Defensive sgt sampai nak berPC.  Rasanya dua2 pun gedebe much!  Yang budak tu mmg sah2 budak, akal tak panjang.  Yang tua pulak, ego terlebih sebab rasa diri org tua.  

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 25-5-2022 02:34 AM
asamfish replied at 25-5-2022 02:17 AM
Kan!  Defensive sgt sampai nak berPC.  Rasanya dua2 pun gedebe much!  Yang budak tu mmg sah2 budak ...


Ada porumer komen kat thread 1 lagi bilang pakcik tu pun nampak macam sama gedebe. Aiol teringat rentua mabuk yang langgar kereta mak aiol. Dia yang pi langgar, dia pulak yang marah kitorang siap bodoh2kan kitorang bila persoal tindakan dia cemana boleh bodoh sangat langgar kereta orang. Eh celaka, aiol memang maki balik ja orang tua tu yach. Apa ko ingat ko jantan ko boleh la buli pompuan? Tapi mak aiol penyabar kasik maaf ja sebab Hilux dia takda hapa2, bonnet rentua tu yang hancur.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:36 AM | Show all posts
Samerosie replied at 25-5-2022 01:02 AM
La pesaipa pakcik nak buat pc.  Mamat tu dah kena tangkap pun.  Pakcik ni siapa celebrity ke...whoca ...

i duduk padang jawa sis. i pun x kenal pakcik tu siapa
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:39 AM | Show all posts
tunggu dan dengar. jangan sampai polis datang amik pokcik ni pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:43 AM | Show all posts
gigahertz replied at 25-5-2022 10:36 AM
i duduk padang jawa sis. i pun x kenal pakcik tu siapa

Hahaha kan.  Terasa betul pakcik tu sampai nak ceritakan hal sebenar.  Esok2 orang pun tak ingat dah apa cerita dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:49 AM | Show all posts

thanks noor.
pakcik tu diamm jer. konfem budak ni yang samseng.
at the end budak tu pulak kena belasah. padan muka.

bagus la dah kena angkut dengan polis
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:57 AM | Show all posts
retis ke sampai nak berpc bagai..
orang yang pukul budak tu pulak bila nak kena angkut?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Beria nau org tua ni sudahlaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.106628 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list