CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 419|Reply: 7

Tonto Macam Hantu, Sentiasa Memerhati 24 Jam-Pegawai JPJ Masuk Tandas Pun Dia Tahu

[Copy link]
Post time 19-5-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Mereka bagaikan tidak pernah tidur dan sentiasa 'bertugas' memerhati, mengekori dan melaporkan pergerakan kenderaan serta anggota jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 24 jam sehari.


Kewujudan pelbagai aplikasi media sosial dijadikan saluran penyebaran maklumat kedudukan lokasi tepat setiap kenderaan JPJ mahukan polis trafik lengkap dengan nombor pendaftaran serta bilangan anggota bertugas.


Ternyata kelibat tonto kini kian licik dengan tidak lagi mengambil pendekatan terlalu menonjol seperti sebelum ini namun masih mampu memastikan setiap gerak geri anggota penguat kuasa tidak lepas dari pemantauan.




Foto: Harian Metro




Mereka dikesan mewujudkan jaringan komunikasi efisien membabitkan kerjasama kumpulan tonto, pemandu trak tunda dan pemandu lori dalam berkongsi maklumat keberadaan anggota penguatkuasa di seluruh pelusuk negara.


Ini, sekali gus memudahkan mereka membuat perancangan awal perjalanan bagi mengelak bertembung sekatan jalan raya dilakukan pihak berkuasa selain mencari laluan alternatif lebih selamat.


Mendedahkan perkara itu, beberapa bekas pemandu lori yang mendapatkan khidmat tonto sebelum ini memaklumkan modus operandi tonto kian cekap dan sukar ditangkis pihak berkuasa berbanding dua dekad lalu.


"Kini anggota JPJ sentiasa diperhatikan sama ada ketika berhenti di tandas stesen minyak, makan di Hentian Rawatan dan Rehat (R&R) atau gerai tepi jalan, keluar masuk dari stesen timbang atau berhenti untuk solat atau ke tandas. Semua itu tidak terlepas dari pandangan mereka.


"Sentiasa ada mata-mata memerhati dan merakam pergerakan JPJ, anggota polis trafik termasuk kastam. Mereka (tonto) ibarat 'hantu' di mana-mana. Mempunyai pelbagai rupa dan penampilan. Mereka boleh kelihatan seperti pemandu lori biasa, kelindan, 'pomen' bergerak, pekerja R&R, atau stesen minyak. Matlamatnya sama iaitu berkongsi maklumat (pergerakan JPJ dan polis )melalui media sosial," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Omar, 53.


Menurutnya, kebanyakan tonto ini bukan dibayar pemandu lori, sebaliknya diupah pemilik syarikat lori bermasalah.


Sementara itu, seorang lagi pemandu treler yang mahu dikenali sebagai Bob, 38, memaklumkan ada antara tonto ini turut dibantu 'orang dalam' bagi menyalurkan maklumat operasi JPJ.


"Sebagai contoh, kami menerima amaran awal dari tonto berhubung operasi JPJ selama seminggu di Perak kelmarin. Begitu juga peringatan terhadap operasi bersepadu dilakukan polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JPJ di lokasi sudah dikenal pasti mereka di seluruh negara.


"Biasanya tonto akan berkongsi video, gambar atau mesej ringkas bagi memaklumkan lokasi kenderaan JPJ kepada kami. Sebagai contoh, roadblock Abam J Bukit Katil port biasa' (sekatan jalan raya JPJ di Bukit Katil, lokasi biasa operasi), Rawang depan sekolah garing simpang empat trafik light ada block J (JPJ lakukan sekatan depan sekolah Garing, Rawang berhampiran simpang empat lampu isyarat) dan pelbagai penggunaan perkataan lain).


"Tonto turut akan menghantar pesanan suara 'amaran' seperti contoh '8224 barang tak ada dalam kandang, 7732 inspira parking tak cantik..bila bila masa boleh keluar'. Mesej ini membawa maksud kenderaan JPJ dengan nombor pendaftaran 8224 tiada dalam kawasan pejabat JPJ. Manakala kenderaan Proton Inspira dengan pendaftaran 8224 bersedia untuk melakukan operasi," katanya.


Menurutnya, tonto akan terus wujud selagi ada 'majikan' dalam kalangan tauke syarikat lori yang sanggup membayar mereka secari gaji harian atau bulanan.


"Tiada akta jelas untuk menghukum tonto. Jika dahulu mereka menggunakan walkie talkie dipasang dalam kenderaan namun kini mereka hanya menggunakan telefon pintar untuk menyalurkan maklumat. Bukan mudah untuk mewujudkan pembuktian kes di mahkamah bagi mendakwa mereka," katanya.




Jam 7 pagi dah 'terpacak' luar pejabat


Seawal jam 7 pagi lagi sudah kelihatan empat tonto 'terpacak' tidak jauh dari pintu masuk Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di Jalan Tampin-Seremban, di sini.


Mereka fokus memerhatikan setiap pergerakan keluar masuk kenderaan pasukan penguatkuasaan agensi itu.


Dua daripada mereka menggunakan pacuan empat roda yang menunggu di hentian bas tidak jauh daripada pintu masuk Ibu Pejabat JPJ manakala dua lagi berada di seberang jalan berhadapan pejabat berkenaan dengan seorang daripadanya hanya menggunakan motosikal.


Itu antara gambaran aktiviti tonto upahan yang kebanyakannya melindungi aktiviti kenderaan berat terutama membabitkan lori hantu membawa muatan pasir di sekitar daerah Seremban dan Nilai.


Wartawan bersama jurufoto menaiki kenderaan pasukan penguat kuasa JPJ kemudian menuju ke Nilai berikutan terdapat banyak kawasan kuari dan pergerakan lori.


Pada masa sama wartawan dan anggota JPJ menyedari kenderaan dinaiki diekori sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam.


Berdasarkan maklumat daripada pegawai JPJ yang membawa kami, kenderaan itu adalah milik tonto memandangkan pihak JPJ sudah 'masak' dengan kerenah dan taktik tonto.


"Ia adalah kenderaan sama yang sering mengekori pergerakan penguat kuasa JPJ. Jadi, bukan lagi rahsia bagi kami.


"Memandangkan tonto itu sudah diberikan amaran dan diambil tindakan sebelum ini, mereka tidak berani untuk mengekori secara rapat dan hanya memerhatikan kenderaan dinaiki kami dari jarak 200 hingga 300 meter," ujar seorang pegawai JPJ terbabit.


Bagaimanapun, kami dapat melihat kenderaan tonto itu yang berhenti secara mengejut dari jarak jauh dan memecut secara tiba-tiba bagi memastikan pergerakan kami tidak terlepas daripada pandangan mereka.


"Tindakan mereka ini dilihat sedikit sebanyak mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.


"Seperti dijangka, pergerakan pihak JPJ sudah dapat dihidu pemandu lori yang membawa muatan berlebihan apabila hampir semua lori ditemui didapati berhenti di bahu jalan. Tindakan itu bagi mengelakkan pemandunya diambil tindakan," katanya.


Sebelum ini, wartawan Harian Metro juga pernah menempuh pengalaman menaiki kenderaan rasmi Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf dan menyaksikan sendiri kelibat sembilan tonto mengekori pergerakan kenderaan pengarah JPJ itu.


Difahamkan, tonto terbabit sudah mengenalpasti semua kenderaan pasukan penguat kuasa, kenderaan rasmi Pengarah JPJ termasuk kenderaan persendirian milik anggota JPJ.


Sepanjang 45 minit kami berhenti di sebuah restoran untuk berehat selepas mengadakan program advokasi, kumpulan tonto terbabit secara berani menunggu kami di tepi jalan tidak jauh daripada lokasi kami berada.


Malah, ketika kami bergerak pulang ke Ibu Pejabat JPJ, tonto upahan terbabit tanpa rasa takut mengekori kenderaan JPJ pada jarak rapat meskipun ketika itu JPJ tidak melakukan sebarang operasi penguatkuasaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:23 PM | Show all posts
lumayan kot jadi tonto. spa penah jadi tonto meh share sikit bape korang dapat
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:35 PM | Show all posts
kat oversea ada ke kes-kes tonto macam ni ke belum sempat jadi tonto dah bersepai kena tembak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia Boleh.....kalo bersungguh nk tegakkan undang2 boleh jer...tonto ni ada 'keta kebal' ke atau dipihak kjaan@penguatkuasa yg ada..mende ni nk buat ke idok jer....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Penguatkuasa masuk spy jaringan tonto pulak. Deyols berak sembelit pun tahu.



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:26 PM | Show all posts
tonto mmg cekap.  tapi banyak cara lain utk penugasan kuatkuasa.  dalaman sendiri pun banyak yang kedarah rasuah..  
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 04:10 PM | Show all posts
Kalau geng sendiri tak bantu mereka ni bukan boleh buat apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 03:22 PM | Show all posts
aannddd it all start from inside kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083123 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list