CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 847|Reply: 8

Anzalna Nasir Tak Akan Ambil Pengasuh, Takut Anak Kena Dera

  [Copy link]
Post time 19-5-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Bimbang dengan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi, pelakon jelita, Anzalna Nasir akui tidak akan menggunakan pengasuh untuk menjaga anaknya, Mohamad Eidrees.


Kata pelakon Sepah The Movie ini, dia lebih selesa membesar dan menjaga anaknya sendiri berbanding meletakkan tanggungjawab tersebut di tangan individu tidak dikenali.


Foto: IG




“Ini adalah pilihan saya sendiri. Suami ada mencadangkan untuk mengambil pengasuh untuk membantu menjaga Eidrees kerana keadaan saya yang berbadan dua.


“Namun susah nak percaya orang dan saya tidak akan sesekali tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain selain keluarga sendiri.


“Biarlah saya berkorban. Saya anggap ini rezeki kerana dapat menjaga dan membesarkan anak sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.




  



  



Anzalna bulan lalu memaklumkan dirinya hamil anak kedua. Dalam perkongsian di Instagram itu, pelakon tersebut mengesahkan, setakat April tahun ini, kandungannya sudah berusia lapan bulan.


Jelitawan berusia 34 tahun ini bagaimana mengakui bukan mudah menjaga anak dalam keadaan sarat mengandung.


Katanya ditambah lagi dengan perubahan sikap anak pertama yang semakin inginkan perhatian daripada kedua ibu bapanya.




  



“Memang mencabar. Bila nak dapat adik ini, perangai dia lain sedikit. Semakin inginkan perhatian.


“Oleh sebab itu, antara saya dan suami, dua-dua kena ada untuk dia.


  



  



“Sebab itu saya lebih senang jaga sendiri. Seronok dapat tengok dia membesar depan mata,” ujarnya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 12:58 PM | Show all posts
tapi dia ada maid ke ye kat rumah, tolong2 buat kerja rumah? Cantik body time mengandung.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkorban ape? Sbb dah tak berlakon ke? Berambus terus jelah kau bukan best pun.
Nak kerja, ambiklah pengasuh.
Taknak kerja duk lah rumah jaga anak tu.
Tak percaya kat orang lain, tak payah kerja duk rumah jaga anak. Orang kaya kan. Senang je. Untung sbb ade pilihan mcm ni. Semua nk bgtahu orang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia kerja apae ya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ciwelireng replied at 19-5-2022 03:09 PM
Laki dia kerja apae ya?

Laki dia jual kereta dkt sime darby itu. Dulu mcm kerja sana. Ke buat statement mcm ini sbb xcukup duit Ye la kadang2 mana boleh percaya yang gigih suka tayang barang2 branded tapi pokai je dlm bab lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 03:15 PM | Show all posts
mendeluk replied at 19-5-2022 03:12 PM
Laki dia jual kereta dkt sime darby itu. Dulu mcm kerja sana. Ke buat statement mcm ini sbb xcukup ...

Nak tau banyak duit ke tak, tunggu dia langgar palang security rumah dia duduk.Tengok ada tak mintak pengurangan denda kat mahkamah.
Tiber kan.



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2022 06:58 AM | Show all posts
anak kemain handsome takde org nak dera la... yg kene dera ni jenis yg keje dia nangis tak stop2 macam teraniaya sgt haa gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tak ambil pengasuh tapi kadang2 tinggal anak kat mak or mil tak? or dia ada maid?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
LembingDayanti replied at 20-5-2022 06:58 AM
anak kemain handsome takde org nak dera la... yg kene dera ni jenis yg keje dia nangis tak stop2 mac ...

Yg jenis nanges tak stop2, memang semua raut pecah pintu kewww?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-6-2022 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.081792 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list