CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 416|Reply: 12

[Dunia] INDON!!!Lelaki menyamar jadi tarzan selepas tikam kekasih sampai mati, berikut kronologi kes

 Close [Copy link]
Post time 19-5-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode
GARA-GARA tidak dapat menerima hakikat kekasih mahu kembali rujuk dengan bekas suami, seorang lelaki di Indonesia sanggup membunuh dengan kejam.

Suspek yang berusia 30 tahun itu dikatakan bertengkar di rumah kekasihnya di Kecamatan Cibadak, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat baru-baru ini.

Lapor kompas.com, lelaki berkenaan yang baru empat bulan menjalinkan hubungan cinta tersebut tidak mahu menerima keputusan kekasihnya untuk kembali kepada bekas suami.

Malangnya, pergaduhan mulut berubah menjadi teruk apabila suspek bertindak menikam mangsa dengan pisau tanpa belas kasihan.

Kejadian mengerikan berkenaan disedari jiran berhampiran dan suspek yang panik kemudiannya melarikan diri ke kawasan hutan di Gunung Walat.

Wanita malang yang merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian leher dan tangan kanan ketika kejadian tragis tersebut.


Akibat pendarahan kritikal, mangsa berusia 33 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Kes dikenal pasti sebagai motif cemburu apabila mangsa mahu memutuskan hubungan untuk kembali kepada bekas suaminya.

Tragis berdarah tersebut menggemparkan Jawa Barat apabila suspek masih belum dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.

Menurut portal itu lagi, pihak polis turut melakukan operasi menangkap suspek di kawasan hutan yang dikenal pasti.

Barangkali kawasan hutan tebal menyukarkan misi selama tiga hari kerana suspek dikatakan berjaya lolos daripada pandangan.

MENYAMAR JADI TARZAN

Sepanjang persembunyian di hutan berkenaan, rupa-rupanya suspek menyamar menjadi tarzan! Ya, itu yang dilakukannya!
Dengan rambut panjang tidak terurus dan berlakon tidak faham bahasa manusia pada mulanya berjaya mengaburi mata pihak polis.
Pun begitu, selepas diselidik lebih lanjut terutama selepas pembongkaran rambut palsu, penjenayah terbabit akhirnya berjaya ditangkap.

Hasil tangkapan itu juga mendapati, senjata membunuh berupa pisau juga dapat dirampas sebagai bukti kes.
Suspek berdepan hukuman penjara 20 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan.



Aduhai kerana cinta tidak berbalas, suspek sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Moga insiden itu memberi iktibar kepada semua.











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2022 12:06 PM | Show all posts
lepas nih boleh menyamar jadi beruang plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:04 PM | Show all posts
Apesal tak menyamar jadi batu ke pokok ke mesti orang tak perasan.  Kau menyamar bagai tarzan memang la senang dicari sebb zaman ni mana ada tarzan dah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:08 PM | Show all posts
siap prop lagi yaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:10 PM | Show all posts
padan lah trisyaluvzul sibuk cari laki orang malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:05 PM | Show all posts
tarzan pun makan belacan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sama cam 'TARZAN RIMBA' tu ka???
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lorrr pisau ko tikam pompuan tu pun dok simpan lagi pasaipe.
penat je jd tarzan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 06:11 PM | Show all posts
jika yamar mat sabu n pasti lepas
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kreatif la jugek usaha heols elak ditangkap. Boleh diasah lagi bakat tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Adehhhhh yg aneh2x saja
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 06:29 PM | Show all posts
Dia pakai wig ja. Wartawan yang cuba buat gempak tarzan lah sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-6-2022 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.093412 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list