CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 115|Reply: 0

[Kelantan] 184 kotak ayam sejuk beku seludup dirampas

[Copy link]
Post time 19-5-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Batalion 9 PGA Kuala Terengganu merampas 183 kotak ayam sejuk beku seludup bernilai RM30,240 dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini pada Rabu.

PASIR MAS - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas 183 kotak ayam sejuk beku seludup bernilai RM30,240 dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini, pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Medan Batalion 9 PGA, Deputi Superintendan Ismail Sidek berkata, rampasan pertama pada jam 2.30 pagi itu membabitkan 90 kotak ayam sejuk beku yang diseludup dari Thailand menggunakan laluan tidak diwarta kerajaan di Kampung Gebeng.

"Semasa melakukan rondaan rutin menerusi Op Wawasan Kelantan, anggota bertugas terserempak dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Terkejut melihat kehadiran anggota PGA, lelaki berkenaan terus melarikan diri ke dalam kawasan semak dengan meninggalkan MPV tersebut.," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas MPV itu membawa kepada penemuan kotak-kotak mengandungi ayam sejuk beku.

"Kesemua ayam sejuk beku itu dibawa masuk untuk pasaran tempatan," katanya.

Sementara itu, dalam serbuan kedua di Salor, PGA telah merampas 93 kotak ayam sejuk beku bernilai RM16,740.

"Rampasan itu dilakukan, selepas pihak kami melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pacuan empat roda yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut," katanya.

Menurutnya, kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kedua-dua kes itu disiasat bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"PGA akan terus mempertingkatkan risikan dan maklumat serta memperketatkan kawalan di kawasan sempadan antarabangsa bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ku-seludup-dirampas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.082479 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list