CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 134|Reply: 0

Penalti Bergson selamatkan maruah JDT

[Copy link]
Post time 19-5-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menjaringkan gol pertama JDT pada Perlawanan Liga Super Malaysia 2022 menentang Sri Pahang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

ISKANDAR PUTERI: Bergson Da Silva menjadi penyelamat maruah Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas jaringan sepakan penalti memastikan pasukan itu bangkit mengikat Sri Pahang 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Dengan keputusan seri itu, JDT menjarakkan pungutan mata selepas mengumpul 16 mata dengan diikuti rapat Sabah FC dan Negeri Sembilan FC yang ketinggalan satu mata.

Pada satu-satunya aksi liga sebelum saingan itu berehat selama sebulan bagi memberi laluan kepada saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di mana Malaysia menjadi tuan rumah bagi Kumpulan E yang bermula awal bulan depan, barisan pemain JDT tampak menguasai permainan sebaik perlawanan bermula.



Bergson meraikan jaringannya penalti ketika menentang Sri Pahang pada aksi Liga Super malam ini. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Malah seawal minit ketiga, tuan rumah bertindak melakukan percubaan berbahaya menerusi sepakan deras Nazmi Faiz Mansor dari jarak 25 meter hampir memerangkap penjaga gol, Mamadou Samassa yang sempat menepis bola keluar.

Menerusi gerakan yang dimulakan Fernando Forestieri pada minit ke-17 yang pantas mengumpan bola kepada Bergson bertindak menyusup masuk ke dalam kotak penalti walaupun diapit dua pertahanan lawan namun dia sempat merembat bola kencang tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Samassa.


Pemain JDT Muhammad Nazmi Faiz Mansor melakukan tendangan dengan dihadang pemain Sri Pahang FC Muhamad Baqiuddin Shamsudin pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto Bernama

Berpunca daripada kesilapan Afiq Fazail pada minit ke-37 yang tersalah mengumpan bola menyaksikan Mahmoud Saleem Za'tara bertindak solo menggempur benteng tuan rumah sebelum pantas mengumpan bola kepada pemain gantian, Mohd Saiful Jamaluddin yang merembat leret menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias untuk menyamakan jaringan 1-1.

Ketika aski berbaki empat minit sebelum babak pertama berakhir, tindakan Shahrul Saad yang mengasari Mahmoud Saleem di dalam kotak penalti membawa padah apabila pengadil Ahmad Zuhaidi Dzulkifli tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.


Pemain Sri Pahang FC Manuel Federico Hidalgo Gasparini cuba melepasi asakkan pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi dan Matthew Thomas Davies pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto Bernama

Manuel Hildalgo yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan Farizal untuk meletak pelawat mendahului 2-1.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Benjamin Mora yang ketinggalan menggandakan asakan bagi memburu gol penyamaan namun sepakan lencong Forestieri pada minit ke-62 sekadar sipi dari gawang gol selepas menerima bola umpanan pemain gantian, Moussa Sidibe.

Tindakan pemain Sri Pahang FC yang menjatuhkan Bergson di dalam kotak penalti pada minit ke-86 membawa padah selepas Ahmad Zuhaidi menghadiahkan sepakan penalti dan pemain import dari Brazil menyudahkan sepakan untuk bangkit menyamakan jaringan 2-2 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... lamatkan-maruah-jdt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-6-2022 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.088871 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list