CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 637|Reply: 6

[Dunia] Azmin ziarah pusara Datuk Haron Din di California.

[Copy link]
Post time 17-5-2022 07:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menziarahi makam bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din  di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Dalam ziarah tersebut, Mohamed Azmin turut menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah dan Yasin.

“Saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT semoga almarhum tuan guru Datuk Dr. Haron Din dianugerahkan husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat Allah SWT. Al-Fatihah.

“Rindu pada sosok almarhum, seorang murabbi ummah yang banyak berbakti terhadap umat dan perkembangan Islam di Malaysia dan juga di rantau,” katanya.

Menurut Mohamed Azmin, selain tokoh sarjana muslim yang menyemai intelektual dan tradisi keilmuan, Haron juga memainkan peranan besar dalam memasyarakatkan penghayatan al-Quran.

Jelas bekas Menteri Besar Selangor itu, kecintaan Haron terhadap institusi ilmu serta pembangunan masyarakat ilmu telah mendorong allahyarham membangunkan Masjid Al Umm di Bangi, Selangor sebagai pusat pencerdasan umat Islam.

“Usaha ini yang membidankan pertemuan kami di Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor pada 8 Julai 2015 bersama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al Umm untuk kerajaan negeri membantu menyegerakan pembangunan institusi Islam di Bangi.

“Mengenali sosok almarhum secara peribadi serta menyedari tekad beliau terhadap usaha membangunkan umat yang cerdas dengan ilmu dan lengkap dengan amal, maka saya telah meluluskan peruntukan RM4 juta demi kemaslahatan ummah sekaligus merancakkan perkembangan syiar Islam di Negeri Selangor.

Malaysia Gazette



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Vapuk mampu buat tu je ke? Pee Emm lembam langsung tak jumpa sesiapa tetiba Elon Musk bagi 5 syarat. Memalukan sungguh!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:14 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 17-5-2022 08:58 PM
Vapuk mampu buat tu je ke? Pee Emm lembam langsung tak jumpa sesiapa tetiba Elon Musk bagi 5 syarat. ...

Citer 2nd part Tu lebih interesting..mana nak baca details..or @Nenasketum bukk lar thread
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:39 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 17-5-2022 08:58 PM
Vapuk mampu buat tu je ke? Pee Emm lembam langsung tak jumpa sesiapa tetiba Elon Musk bagi 5 syarat. ...

iols tertinggal keretapinke ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheraton KK tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemaruk-Taikk replied at 17-5-2022 09:39 PM
Sheraton KK tersenyum sinis

Four Season Sandakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ziarah tersebut, Mohamed Azmin turut menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah dan Yasin.

perlu ke tulis ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.081245 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list