CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 380|Reply: 2

[Jenayah] Bekas pengerusi 1MDB, peguam Najib bertekak di mahkamah.

[Copy link]
Post time 17-5-2022 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Pertengkaran antara bekas pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh dan peguam utama Najib Razak menghangatkan suasana dalam perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri itu hari ini.

Perang mulut antara saksi pendakwaan ke-15 itu dan peguam Muhammad Shafee Abdullah adalah membabitkan isu sama ada keterangan penuh saksi itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 2016 berhubung urusan 1MDB.

Ketika perbicaraan, suasana di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mula hangat apabila peguam bela bertanya Bakke sama ada keterangannya konsiten dengan yang diberikan kepada PAC pada Februari 2016.

Ketika pentadbiran BN pimpinan Najib pada masa itu, PAC mendengar keterangan Bakke dan beberapa individu lain berhubung isu dakwaan penyelewengan dana kekayaan negara tersebut.

Semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Shafee pada memulakan melakukan pemeriksaan balas berhubung keterangan Bakke kepada PAC.

Ketegangan bermula apabila peguam itu bertanya sama ada Bakke mungkin tidak meletakkan jawatan sebagai pengerusi 1MDB jika saksi itu tidak hilang sabar ketika berurusan dengan pengurusan 1MDB mengenai isu AS$700 juta wang dana itu.

Bakke membalas bahawa Shafee tidak sepatutnya mengatakan apa yang tidak dilakukan, memandangkan ingatannya masih baik, dan mengatakan dia merasakan kemudiannya tidak sepatutnya berkhidmat sebagai pengerusi 1MDB.

Sebelum ini dalam perbicaraan berasingan terhadap Najib membabitkan laporan audit 1MDB, Bakke berkata dia meletak jawatan sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat itu pada 19 Okt 2009.

Bakke mendakwa dia meletak jawatan berikutan pendedahan bahawa AS$700 juta dana 1MDB - yang melibatkan cadangan usaha sama dengan Petrosaudi International Limited (PSI) - telah dialihkan kepada Good Star Limited dan disebabkan rasa syak bahawa Najib mungkin terlibat dalam transaksi luar biasa.

Good Star ialah entiti yang didakwa dikawal oleh ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low). Pihak pendakwaan mendakwa penglibatan Low dalam salah laku di 1MDB dilakukan atas arahan Najib.

Bakke juga sebelum ini memberi keterangan bahawa dia merasakan Najib terlibat dalam salah laku kewangan syarikat itu dan ada yang tidak kena berlaku dalam syarikat.

Di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah, prosiding mahkamah semakin panas apabila Shafee bertanya sama ada Bakke berpegang dengan keterangan yang diberikan kepada PAC pada 2016.

Shafee: Adakah anda tetap dengan apa yang anda katakan kepada PAC?

Bakke: Yang Arif, boleh saya cakap sesuatu?

Shafee: Awak mesti jawab ya atau tidak.

Sequerah: Awak (Bakke) mesti jawab. Ia adalah soalan (daripada Shafee).

Shafee: Ini bukan petronas tetapi mahkamah undang-undang.

Bakke: Saya perlu menjelaskan.

Shafee: Jawab dulu, baru boleh terangkan panjang lebar.

Bakke dilantik sebagai pengerusi Petronas semasa pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin tahun lepas.

Walaupun saksi itu bersetuju bahawa dia konsisten dengan apa yang diberitahu kepada PAC, Bakke mendakwa bahawa laporan akhir PAC tidak merekodkan keterangan penuhnya.

Apabila Shafee mengulangi soalan sama ada saksi itu tetap berpendirian dengan apa yang dilaporkan oleh laporan PAC mengenai 1MDB, Bakke berkata dia tidak melihat laporan itu, dengan mendakwa bahagian paling penting dalam keterangannya tidak disertakan.

Ini menyebabkan Shafee menjawab sama ada Bakke adalah saksi pendakwaan atau tertuduh dalam perbicaraan, dengan Bakke kemudian mengakui bahawa dia adalah saksi.

Sequerah kemudian menjelaskan kepada Bakke bahawa sebagai saksi pendakwaan, dia hanya perlu menjawab ya atau tidak kepada soalan Shafee, dan saksi itu mempunyai peluang untuk menjelaskan jawapannya semasa pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan.

Menjelang akhir prosiding, Bakke bersetuju dengan Shafee bahawa pengurusan 1MDB mungkin telah mengelirukan bukan sahaja lembaga pengarah tetapi juga Najib.

https://www.malaysiakini.com/news/621459

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:33 PM | Show all posts
gado2 belakon je puak2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Arul kanda jadi saksi juga ke?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.076329 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list