CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
Author: YgBenar

[Tempatan] Golongan kaya atau kumpulan T20 ketika ini lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

  [Copy link]
Post time 20-5-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
makshu replied at 19-5-2022 01:41 PM
cukup2 laaa kaitkan T20 ni dengan golongan kaya.. household income rm15,000 duduk dekat tgh KL, deng ...

Bak kata my chinese friend anak sorang...

Having kids nowadays is just an expensive hobby
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 20-5-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokbunga replied at 19-5-2022 10:04 PM
Time ni mcm betul lar kata2 lecturer uitm tu ehhhh??? Hahahahah…

Anda menyeru saya?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 20-5-2022 01:43 PM
Entah la sbb i mmg selalu tukar matawang since zmn bossku, lepas je PH ambil alih berdebuk2 jatuh. ...

Nah iols kembalikan ingatan u yg hilang

Ringgit Lemah Baik Untuk Industri Pelancongan - Nazri
Jumaat, 07 Ogos 2015 3:06 PM

PETALING JAYA: Ketika mata wang ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun, Datuk Seri Nazri Aziz percaya ia masih memberi manfaat kepada industri pelancongan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata ia adalah baik untuk industri tersebut kerana Malaysia menjadi destinasi 'berpatutan' untuk pelancong asing.

"Selain itu, rakyat Malaysia akan mendapati kos agak mahal untuk melancong ke luar negara jadi mereka akan berbelanja di dalam negara dan ia baik untuk pelancongan domestik," katanya kepada The Star Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Nazri, yang kini berada di Paris, Perancis untuk lawatan kerja berkata nilai mata wang yang rendah mampu meningkatkan eksport Malaysia dengan mengambil contoh China menentang gesaan Amerika Syarikat untuk mengapungkan mata wang yuan mereka.

"AS merasakan mata wang yuan terlalu rendah berbanding dolar AS di mana mereka tidak boleh bersaing dengan eksport China," katanya.

Pada 10 Jun lalu, Nazri dikritik apabila berkata kejatuhan nilai ringgit boleh menaikkan pelancongan domestik apabila ringgit didagangkan sekitar 3.7000 berbanding dolar AS.
Menyedari sentimen rakyat mengenai kenyataan itu, beliau menegaskan pendiriannya sebagai menteri adalah 'tepat'.

Pada Jumaat, ringgit berada dalam jajaran 3.9235 berbanding dolar AS.


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana zafrul ni kira ya? Bagaimana dia kira bilangan kenderaan golongan T20 isi minyak? Adakah lepas ni akan ada ayam subsidi utk B40? Gula subsidi B40? Beras subsidi B40? List goes on..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenangan lama..detik2 awal melingkupnya kerajaan BN disebabkan menaikkan harga minyak..sudahnya rakyat naik minyak

Tuesday, 3 September 2013

Awas!! Selepas Minyak, Banyak Lagi Kenaikan Sedang Menunggu


Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel. Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja.

Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan sepanjang malam tadi. Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu.

Ahli-ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN.

Buat pertama kali juga, pemimpin UMNO menjadi kurang aktif sama ada si facebook ataupun twitter. Selalunya jika timbul isu-isu sebegini, para pemimpin UMNO yang aktif di dunia sosial turut memainkan peranan mempertahankan apa yang dilakukan kerajaan, tetapi malam tadi ramai yang berdiam diri dan tidur awal agaknya. Mungkin mereka juga sudah tiada idea lagi untuk mempertahankan tindakan Najib itu.

Pengendali laman sosial yang pro UMNO dan kerajaan juga kelihatan pasif dan tidak tidak berdaya lagi mempertahankan langkah tidak bijak Najib itu.

Hanya Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Felcra yang cuba mempertahankan dan menyokong kenaikan minyak ini tetapi beliau juga kemudiannya dikritik dan diserang hebat, termasuk mengaitkan dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Zizie Ezzette.

Di alam nyata pula, kenaikan ini disambut dengan rungutan dan cebikan mulut daripada rakyat terhadap Najib dan BN. Mulai petang semalam, jalan mulai sesak kerana orangramai berebut-rebut keluar awal bagi mengisi minyak di stesen-stesen minyak sebelum harga baru bermula pukul 12.01 malam.

Ditambah dengan hujan yang turun sejak awal petang, kesesakan bukan saja berlaku di jalan-jalan raya, malahan juga di hampir semua stesen minyak. Ini jelas menggambarkan kenaikan 20 sen tetap memberi kesan kepada kebayakan rakyat dan mereka berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan masing-masing sedaya yang mungkin.

Dilaporkan juga terdapat kejadian merosakkan stesen minyak berikutan rakyat menjadi marah selepas beratur lama untuk mengisi minyak, tiba-tiba diberitahu bekalannya sudah habis. Ini menggambarkan bukan saja kenaikan itu dibantah, malahan masa pengumuman mengenai kenaikan itu juga memperlihatkan sikap tidak bijak Najib sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut dan panik di kalangan sesetengah rakyat.

Kenaikan minyak kali ini tidak disebut Najib sebagai kesan kenaikan minyak dunia tetapi lebih ke arah pengukuhan ekonomi dan mengurangkan defisit. Najib lantas memberitahu kenaikan harga minyak ini akan diseimbangkan dengan kenaikan BR1M yang akan diumumkan dalam Belanjawan pada Oktober nanti.

Terlihat di sini bahawa Najib mengambil pendekatan ekonomi "tutup lubang, gali lubang" untuk menyelesaikan masalah. Dengan subsidi petrol dan diesel yang dapat dijimatkan, ia kemudian akan disalurkan pula melalui BR1M. Walaupun pemberian tunai BR1M ini mendapat kritikan daripada Mahathir tetapi nampaknya Najib akan terus menggunakan pendekatan itu untuk mengambil hati orang-orang kampung dan rakyat berpendapatan rendah, malah sudah membayangkan akan menaikkan lagi jumlahnya. Kali ini mungkin menjadi RM700, RM 1000 ataupun mungkin juga menjadi RM1200.

Kesan kenaikan petrol dan diesel ini tentu saja akan menyebabkan kenaikan harga-harga barang di pasaran. Walaupun Najib mengingatkan peniaga tidak menaikkan harga barang, tiada jaminan kawalan ataupun penguatkuasaan akan diambil terhadap peniaga yang ingkar. Ia hanyalah sekadar peringatan semata-mata.

Ini bermakna belum pun BR1M dilaksnakan, beban kenaikan harga barang sudah menyusah dan mengeringkan lagi poket rakyat. Bagi yang tinggal di Lembah Kelang dan bandar-bandar lain dan tidak layak pula menerima BR1M, kenaikan harga minyak dan disertai dengan kenaikan harga barang keperluan harian umpama "pontianak" yang menghisap poket mereka sehingga kering setiap hari.

Kenaikan harga minyak ini juga berlaku dicelah-celah ura-ura kerajaan mahu menaikkan tarif elektrik dan melaksanakan cukai GST yang mungkin akan diumumkan dalam Belanjawan nanti. Walaupun propa kerajaan melalui Mahahdir Khalid mengatakan kenaikan elektrik dijamin tidak membebankan rakyat, sebenarnya asal saja namanya kenaikan, ia tetap memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kerajaan juga bertegas mahu melaksanakan GST. Idris Jala yang merangka mengenainya sudah pun membayangkan hakikat itu. Masalahnya hanyalah berapa peratus saja, mungkin 5 peratus, mungkin 4 peratus dan sebagainya. Namun ia pasti akan dilaksanakan oleh Najib. Tunggu saja berita "gembira" ini dalam Belanjawan nanti.

Jika kenaikan petrol dan diesel dianggap hadiah 100 hari kemenangan BN kepada rakyat, sebenarnya banyak lagi hadiah-hadiah dalam bentuk penambahan cukai, kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup akan dilaksanakan oleh Najib dari semasa ke semasa. Kenaikan minyak adalah permulaannya dan lepas ini akan disusuli dengan tarif elektrik dan cukai GST pula.

Lepas itu cukai dan kenaikan yang entah apa-apa pula akan diumumkan. Mungkin juga harga minyak akan naik lagi.

Bagaimanapun di sebalik semua kenaikan ini, masih lagi ada sesetengah rakyat yang berkata, syukurlah Malaysia masih aman! (SH 03/09/2013)

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
M40 xde apa sgt yg dpt asyik2 b40. Pdhal bkn semua susah melarat pun. Jenguk2 rmh, kereta hndphone depa...sakan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tupai replied at 19-5-2022 08:16 AM
Apsal dengki sgt dgn T20, T20 byr tax byk kot & keje mcm org gile. Die ingat goyang telur terus jd T ...

Goyang telur, membiak ...melalak minta bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ladyfreecare replied at 18-5-2022 03:52 PM
Siapa punya idea asal yg kategorikan manusia marhain di malaysia ni dengan kategori b40, m40, t20?

Harap2 si bodoh tu cepat mampos
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 21-5-2022 03:15 PM | Show all posts
Ladyfreecare replied at 18-5-2022 03:52 PM
Siapa punya idea asal yg kategorikan manusia marhain di malaysia ni dengan kategori b40, m40, t20?

sapo lagi.. puak2 politikius le

ni la salah satu cara untuk deme divide and conquer

divivide and conquer ikut race macam tak jalan lepas umngok kalah GE 14 ritu

now divide ikut income.. lagi tersasar nak bagi gula2
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 03:51 PM | Show all posts
ekceli nk buang subsidi leteww tp takut kena kutuk, berselindung je la disebalik statement T20 tu... padahal nak kata semua.. tp takde teloooooo

dia ikut consumption la.. banyak dia beli, lg banyak la dpt subsidi tu.. takkan le memasing fail matematik nak percaya ckp menteri pasola nehhh .. mcm petrol.. yg guna moto isi berapa? yg guna beemer isi berapa? alih2 yg dipersalahkan yg bawak beemer itewww..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kucing_gebu replied at 21-5-2022 02:18 PM
Goyang telur, membiak ...melalak minta bantuan

Cycle yg sama berulang sampai abg jamil mampus
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 08:56 PM | Show all posts
Skuau replied at 17-5-2022 10:22 PM
tp..yg ramai 'berjuang di lahad datu'...kebanyakannya anak2 b40...

yg merempit, melajak, mendadah pun byk dr golongan tu gak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 08:57 PM | Show all posts
ultra78 replied at 18-5-2022 06:46 AM
Setahu aku sebahagian besar daripada pendapatan cukai kerajaan datang daripada perniagaan.

Byk p ...

Perniagaan tu adalah orang orang golongan T20. klu kita buat pecahan golongan B40 byr cukai, berapa byk banding dgn M40 dan T20?? so kenapa selalu T20 dan M40 dianaktiri dan B40 ditimang timang mcm anak emas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 09:03 PM | Show all posts
anony-mous replied at 19-5-2022 09:25 PM
Klau x dpt bantuan, menyusahkan ank menantu pulak. Ishh kalau lah i dpt luahkan semua dkt uols!!!

Beranak byk byk mcm tikus pun derang gak. pastu meratap berhiba bila anak tak dpt mkn, tak dpt susu. dah tau susah sapa suruh ko beranak byk2 mcm tikus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 09:05 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 21-5-2022 08:56 PM
yg merempit, melajak, mendadah pun byk dr golongan tu gak.



ya btol..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 21-5-2022 09:03 PM
Beranak byk byk mcm tikus pun derang gak. pastu meratap berhiba bila anak tak dpt mkn, tak dpt sus ...

Ni jawapan yg i dpt ye, dia kata sbb suka budak2. Lepas tu as usual, ada rezeki ank2 nanti
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 21-5-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la kot t20 guna subsidi minyak sekurangnya bayar cukai.dr ketirisan minyak ke PATI , warga asing yg tak bayar tax. Singaporean banyak je guna Ron 95.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 21-5-2022 08:56 PM
yg merempit, melajak, mendadah pun byk dr golongan tu gak.

itu kalo..bior ank2 t20 jer la 'berjuang di lahad datu'... demi mempertahankan harta & kuasa keturunan mereka..drp 'dirompak' golongan b40....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik2 statement menteri2 bab kewangan negara ni. instead of cuba turunkan harga barangan, konon pergi tambah gaji minimum dan harga barangan makin naik jugak sbb kos operasi makin tinggi. apakah solution tu? skrg nk usik subsidi minyak dan letrik plak. gaji yg lain masih takuk lama. ringgit makin lemah, pastu nk bebankan rakyat terutama golongan sederhana ni dgn nk tarik macam2. sbbrnya t20 dah monopoly lama dah kekayaan negara, termasuk yg songlap duit negara. yg tenat ni golongan sederhana. apepun, kena berbelanja secara berhemah la skrg. stress la bab duit ni. huhu. dah la covid ni masih berkeliaran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:32 AM | Show all posts
nampaknya jadi kaya n hidup senang adalah satu dosa kat negara ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 02:20 PM GMT+8 , Processed in 1.308468 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list