CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 5861|Reply: 147

[Tempatan] Golongan kaya atau kumpulan T20 ketika ini lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

  [Copy link]
Post time 17-5-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Golongan kaya atau kumpulan T20 ketika ini lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurut Menteri Kewangan, manfaat tersebut termasuk sebahagian besar subsidi petroleum berjumlah RM4 bilion setakat Mac tahun ini yang telah dinikmati oleh kumpulan tersebut.
Ini kerana, jelas beliau, subsidi yang disalurkan kerajaan bersifat menyeluruh dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat.


“Setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen pergi kepada golongan T20 manakala 15 sen dimanfaatkan oleh B40.

“Jadi, contohnya subsidi tahun ini dijangka melebihi RM30 bilion juta dan lebih RM15 bilion juta itu adalah subsidi kepada T20,” katanya dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022, bersama pemberita di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul mengulas, kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi elektrik dan petrol supaya ia lebih bersasar dan menumpukan kepada golongan rentan.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan sumber negara ditumpukan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

"Pada Februarui 2021, subsidi produk petroleum yang ditanggung oleh kerajaan hanya RM200 juta. Namun, menjelang Januari 2022, ianya adalah RM2 bilion dan pada Mac pula sudah lebih RM4 bilion.

"Manakala untuk subsidi elektrik pada separuh tahun pertama 2022, kerajaan mengekalkan tarif elektrik untuk semua kediaman iaitu besar dan kecil dengan kos subsidi lebih kurang RM700 juta.

"Kerajaan sedang kaji cara penyelarasan, di mana kita telah buat sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan bawa kepada Kabinet dalam masa terdekat. Yang penting data yang ada dan juga cara kita nak guna platform apa untuk pastikan golongan kita sasarkan dapat bantuan kerajaan," tambah beliau.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan turut menyalurkan bantuan lain termasuk Keluarga Malaysia berjumlah RM8 bilion dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup.

Setakat ini, ujarnya, kerajaan masih mengekal harga minyak bagi RON95 pada harga sekitar RM2.05 berbanding kos sebenar yang melebihi RM4 selain menanggung sebanyak RM700 juta subsidi ayam dan telur bagi tempoh Februari hingga Mei 2022.

Kerajaan, kata Tengku Zafrul, akan terus mengawal kenaikan harga demi membantu rakyat dan juga menyokong momentum pemulihan ekonomi kita.

"Dengan dasar subsidi ini, kadar inflasi agak rendah dan diunjurkan antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus.

"Kalau kita nak bandingkan kadar inflasi Malaysia dengan kadar inflasi di negara-negara lain, terutamanya apa yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), IMF mengunjurkan kadar inflasi bagi negara maju adalah 5.7 peratus dan bagi negara membangun ialah 8.7 peratus.

"Kadar inflasi Mac 2022 bagi Malaysia hanyalah 2.2 peratus," ujar beliau lagi.



https://www.astroawani.com/berita-malaysia/...u-zafrul-361753

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu takan semua hasil maksul negara nak kasi semua kat selain T20? T20 apa dpt?"
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nmpk sgt tak tau tadbir..isu ni xde zaman BN
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:51 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 17-5-2022 11:00 PM

dable post
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:51 PM | Show all posts
taktiK..

bagi alasan siap2 supaya lepas ni T20 jgn komplen kalo gomen bagi lagi macam2 subsidi kat M40 n B40
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling tersepit golongan m40. X sekaya t20, tapi x dapat bantuan2 b40.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 fikir utk b40
Org lain yg bayar cukai
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Abistu t20 bayo cukai memahal semata utk golongan b40 ? Yiiihhhhh. Bodonya muntri abahcow ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 minyak dan eletrik nak naik ò
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada bantuan utk m40...kami mmg tersepit...kn byr byk cukai dan krg dpt bantuan..what to do...pasrah je lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok potong semua elaun Menteri dan Timbalan Menteri dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa peratus subsidi ini yg turut dinikmati warga asing khasnya Singapura? Cari mekanisme utk halang ketirisan ini dulu sblum sibuk menyiksa rakyat sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:00 PM | Show all posts
Manakala untuk subsidi elektrik pada separuh tahun pertama 2022, kerajaan mengekalkan tarif elektrik untuk semua kediaman iaitu besar dan kecil
ko jangan sembang kari boleh? kan dah ada cost tier ikut consumption. Masuk tier 3 harga seunit dah double that of tier 1. Jadah apa nak buat tarif ikut saiz rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:10 PM | Show all posts
Lepas ni golongan T20 & M40 akan kena isi minyak RON97 sahaja. Takpun RON95 tapi dengan harga apung, bukan sasbadi lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang dengki sangat bila T20 dapat fuel subsidy ni? B40 tu segala macam bantuan dapat. Makin banyak membiak, makin banyak dapat bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik balik B40 balik balik B40.

Padahal yg ngaku B40 tu berniaga juta2 cuma x de slip gaji je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lecture uitm tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:41 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 17-5-2022 06:52 PM
Paling tersepit golongan m40. X sekaya t20, tapi x dapat bantuan2 b40.

Ini aku setuju sangat. Asyik asyik B40 saja yg dapat dan B40 pun semakin lemak. Tak yah kerja, tunggu je bantuan masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 17-5-2022 06:51 PM
taktiK..

bagi alasan siap2 supaya lepas ni T20 jgn komplen kalo gomen bagi lagi macam2 subsidi kat  ...

Mana ade m40 dpt.. b40 yes dpt mcm mcm. Anak murid aku dpt laptop dpt rumah pprt.. dpt mkn pree.. dpt biasiswa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:55 PM | Show all posts
jfq replied at 17-5-2022 06:57 PM
Tak abis2 fikir utk b40
Org lain yg bayar cukai

klu M40 dan T20 pakat2 jgn byr cukai, B40 tu pun mkn pasir dan taik saja. so tak payahlah nak di tatang sgt golongan B40 ni dgn segala bantuan. Teach them how to fish, bukan asyik suap dgn ikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-7-2022 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.742258 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list