CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 2152|Reply: 44

[Tempatan] Pengacara popular tak mengaku bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan

[Copy link]
Post time 17-5-2022 06:24 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Berdasarkan pertuduhan, selebriti itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut terhadap syarikat Challis Damansara.

Tindakan itu juga telah membawa kerugian sebanyak RM600 yang dilakukan pada jam 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, Awal boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun serta denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili pengacara itu, Datuk M. Reza Hassan memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000 berikutan tertuduh mempunyai tanggungan keluarga selain tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 bersama seorang penjamin.

Tarikh 15 Julai depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/awal-ashari-mengaku-tidak-bersalah-lakukan-khianat-terhadap-syarikat-perumahan-361729


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh nk gelak ke nk guling sebab kurangkan jaminan tu biar betui
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Diva See My Level tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni zaman 2011 sebelum kawen scha lagi EPF dia dah rm2 mil.. celah bedah mana miskin
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kategori susah yer heshe nih. Sian...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 17-5-2022 07:13 PM
Eh nk gelak ke nk guling sebab kurangkan jaminan tu  biar betui

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 17-5-2022 10:47 PM
Dia ni zaman 2011 sebelum kawen scha lagi EPF dia dah rm2 mil.. celah bedah mana miskin

Retis pun mencarum epf ka? Nnt deme kluarkan umo 55 dpt dgn hasil interest je la?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:28 AM | Show all posts
Miskin rupanya retis nih? Dok tayang itu, ini kat ig semua tu sponsor ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-5-2022 02:26 AM
Retis pun mencarum epf ka? Nnt deme kluarkan umo 55 dpt dgn hasil interest je la?

Ha ah, dia ada EPF masa kat astro dulu + dia self contribution sejak mula keje...
Tp parents awal pun kaya raya sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts

Tuduhan khianat,Awal lambat bayar pengurusan punca tak boleh masuk rumah.kalau ppr macam ini gerenti semua bayar sewa

Edited by YgBenar at 18-5-2022 08:21 AM



SuSULAN dakwaan melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan, pengacara Awal Ashaari tampil menjelaskan salah faham yang timbul berhubung kes berkenaan.

Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, insiden itu berlaku disebabkan salah faham antara dia selaku pemilik rumah dan pihak pengurusan perumahan berkenaan.

“Perkataan khianat itu agak keras tapi itulah akta. Ceritanya tiga bulan sebelum raya saya pindah rumah baru, tapi tak ada la pindah sepenuhnya, masih ada lagi barang lama saya di sana (rumah lama).

“Sebelum raya saya ke sana nak ambil barang tapi kad akses untuk masuk tak boleh guna, saya tanya pengurusan mereka kata ada beberapa bulan saya tak bayar yuran pengurusan. Saya faham mengenai itu dan akan bayar… tapi minta bagi masuk untuk ambil barang dulu.

“Mereka tetap kata tak boleh dan minta selesaikan dulu, sedangkan 14 tahun saya beli dan tinggal di situ tak pernah timbul isu saya tak bayar yuran, cuma terlambat bayar mungkin ada sebab saya sibuk. Cuma apabila dah berpindah rumah baharu ni saya terlupa tapi apa pun itu tetap rumah saya,” katanya.

Awal menjelaskan mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di laman Instagram miliknya.

Pada pagi Selasa, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat mer0sakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kesal sebab tiada tolak ansur

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu menjelaskan lanjut tentang insiden berkenaan, Awal mengakui dia bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya gara-gara permintaan untuk masuk ke rumah tidak diendahkan oleh pengawal dan pihak pengurusan.

Awal minta jasa baik pihak pengurusan.

“Tak ada budi bicara atau tolak ansur. Saya kata kalau tak boleh masuk, saya masuk sendiri… saya ambil tindakan alih sedikit pagar menggunakan tangan saya, tak langgar seperti dilaporkan berita.

“Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kesal sebab tiada tolak ansur.

“Mungkin kekhilafan saya tak bayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan. Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan polis akibat masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak menangis pun ada,” ujarnya.

Sumber Instagram Awal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:32 AM | Show all posts
sebulan tak bayar ok la
boleh bagi alasan terlupa

beberapa bulan tu
alasan terlupa?

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:33 AM | Show all posts
ish2...nmpk je have-have tapi tu pun bole lupa
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:39 AM | Show all posts
sama mcm si laki keknis blh lupe byr bil api smpai beribu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm...mcm slh pihak pengurusan perumahan tu je...sbb dia kata itu msh rumah dia yg dia beli. Mana boleh hlg org dr masuk rumah sendiri, if kad access xboleh guna, register manual jelah utk masuk, sbb tu masih rumah dia lagi kan. Alangkan tropicana heights tu pun, visitor perlu register n xdihlg utk masuk. Macam pelik pula...tah lah..dapa salah sapa betul... Or memsg ego xnak mengalah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 08:54 AM | Show all posts
walaupun aku tak suka sgt si bawal ni, tapi management umah tu tolak ansur la sikit.. adoi laa
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 09:06 AM | Show all posts
gila.. masuk rumah sndiri pun kena repot polis, pindah je lah dok umah mcm kami ni, senang, nk main mercun buluh pompom pun xda nk marah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 18-5-2022 12:23 PM

Hamis laki bini tersenyum sinissss




Tak busy berlakon pun MF xbyr jgk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:32 AM | Show all posts
Betul lah tu. Tak kira lah kaya ke tak. Kena lah pandai cost saving. Minta aja discount.

Orang-orang berduit (yang berusaha) memang akan pikir segala angle utk berjimat cermat.

Bukan jenis main suka tabur duit tak pikir economical.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:36 AM | Show all posts
Aku memang pantang betul dgn orang yang sengaja melambat2kan bayar bil ni. Ko tak layak hidup bermasyarakat lah dik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 10:37 AM | Show all posts
sebulan tak bayar ok la
boleh bagi alasan terlupa

beberapa bulan tu
alasan terlupa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-7-2022 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.105638 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list