CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 128|Reply: 0

[Terengganu] 'Kami reda jika ayah ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa'

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode

Tuan Nurul bersama ibu menunjukkan gambar bapanya. FOTO ZAID SALIM

Kuala Terengganu: "Harapan kami supaya ayah segera ditemukan. Kami reda sekiranya ayah ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa," kata Tuan Nurul Hidayah Tuan Razali, 37.

Nurul Hidayah adalah anak bongsu kepada warga emas, Tuan Razali Wok, 74, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut ketika pulang mencandat sotong bersama dua rakan di perairan Pulau Kapas, Marang, awal pagi, semalam.

Anak bongsu daripada sembilan beradik itu berkata, sekiranya ditakdirkan bapanya sudah meninggal dunia, biarlah kematiannya berkubur dan mengharapkan lelaki warga emas terbabit segera ditemukan.

Dalam pada itu, katanya, pelbagai usaha dilakukan keluarga dan sanak saudara termasuk melakukan solat hajat dan bacaan Yassin di rumah, masjid dan surau.

"Malah beberapa kenalan suami kakak yang kini berada di Makkah turut melakukan solat hajat. Kami tidak putus berdoa supaya bapa ditemui segera," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Raja, Chendering, di sini, hari ini.

Nurul Hidayah berkata, banyak perkara pelik yang berlaku namun dia dan ibu, Tuan Kuntum Tuan Ngah, 72, serta adik beradik lain tidak menyangka perubahan sikap itu adalah petanda awal sesuatu kejadian buruk menimpa bapa.

Katanya, paling ketara adalah pada sambutan Aidilfitri apabila bapa ceria sebagaimana sikapnya seorang periang dan gemar bergurau terutama dengan cucu.

Malah katanya, perubahan sikap lelaki terbabit berterusan sehingga hari dia dilaporkan hilang di laut apabila anak lelakinya, Tuan Romzi, 51, yang berniaga ikan di Pelabuhan Chendering mendakwa ayahnya kelihatan sugul dan tidak banyak bercakap sebelum turun ke laut jam 2.30 petang, Ahad lalu.

"Bapa juga memberitahu dia tidak mahu lagi mengambil suntikan untuk mencairkan darah dan ubat kencing manis dan kali terakhir berbuat demikian pada Khamis lalu sedangkan ayah perlu mengambil suntikan itu setiap hari.

"Bapa juga memberitahu tidak mahu lagi makan gulai daging kerbau selepas hajatnya untuk menikmati hidangan itu tidak kesampaian berikutan tiada peniaga yang menjual daging haiwan berkenaan pada hari itu (Jumaat).

"Gulai daging kerbau memang menjadi lauk kegemaran ayah dan setiap minggu ibu akan menyediakan masakan berkenaan," katanya.

Sementara itu, Tuan Kuntum berkata, pada hari kejadian, suaminya agak tergesa-gesa untuk turun ke laut sedangkan sebelum itu sudah dua hari lelaki terbabit keluar mencandat sotong bersama rakan.

"Hari pertama memang banyak suami bawa balik sotong tetapi pada hari kedua tangkapan tidak banyak dan kebiasaan apabila mendapat tangkapan sedikit suami tidak akan turun lagi ke laut. Namun, pada hari kejadian, dia seolah-olah tidak sabar untuk ke laut dan keluar rumah selepas Zuhur," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... daan-tidak-bernyawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-6-2022 01:59 PM GMT+8 , Processed in 4.360758 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list