CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 106|Reply: 0

[Kelantan] PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Tindakan 11 PATI warga Myanmar wanita yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Tanah Perkuburan Islam Tok Wali, Kelar, Pasir Mas gagal apabila dicekup polis pada Selasa.

PASIR MAS - Tindakan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar wanita yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Tanah Perkuburan Islam Tok Wali, Kelar gagal apabila dicekup polis pada Selasa.

Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota telah membuat serbuan ke kawasan semak berhampiran tanah perkuburan.

"Setiba di lokasi, anggota bertugas menjumpai sekumpulan wanita sedang bersembunyi di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Mohd Nasaruddin berkata, kesemua wanita itu gagal mengemukakan apa-apa dokumen pengenalan diri yang sah masuk ke Malaysia.

Beliau berkata, kesemua PATI itu dibawa balik ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... di-tanah-perkuburan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-6-2022 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.077981 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list