CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 105|Reply: 0

[Kedah] Tiga kontraktor mengaku salah palsu dokumen tender pembersihan

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Dari kiri Arman Yani, Suhaimi dan Syafizawati diiringi pegawai SPRM ke kaunter bayaran Mahkamah Alor Setar untuk membayar denda pada Selasa.

ALOR SETAR - Tiga kontraktor mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, dekat sini pada Selasa atas dakwaan memalsukan dokumen untuk mendapatkan tender pembersihan dari sebuah syarikat swasta pada 2019.

Tertuduh, Suhaimi Mohd, 47 dijatuhkan hukuman denda RM80,000 atas dua pertuduhan manakala Syafizawati Shafie, 48 dan Arman Yani Anuar, 51, pula masing-masing didenda RM45,000 atas satu pertuduhan.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Harmi Thamri Mohamad selepas semua pemilik syarikat itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Suhaimi telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu penyata akaun Maybank Islamic palsu milik syarikat Bumi Emas Prestige Sdn Bhd bagi bulan Oktober hingga Disember 2018.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga telah melakukan perkara yang sama dengan mengemukakan penyata akaun Affin Bank Berhad palsu milik syarikat Cahaya Ventures Enterprise dan kedua-duanya dilakukan di Wisma ldaman, Environment ldaman Kedah dan Perlis, Alor Setar pada 19 Januari 2019.

Hakim menetapkan denda sebanyak RM40,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi oleh Suhaimi atau berdepan enam bulan penjara jika gagal membayarnya.

Tertuduh kedua Syafizawati didakwa, menggunakan penyata Bank CIMB palsu milik Syarikat ADF Teguh Sdn Bhd sebagai dokumen tulen dan melakukannya antara 14 hingga 20 Januari 2019 di Wisma Idaman, Environment Idaman Kedah dan Perlis.

Arman Yani pula didakwa, mengemukakan penyata akaun palsu Bank CIMB milik Syarikat Perniagaan Nafas Abadi bagi bulan Oktober hingga 2019 dan dilakukan antara 15 hingga 17 Januari 2019 di lokasi yang sama.



Syafizawati dan Arman Yani masing-masing dikenakan denda RM45,000 dan mereka berdepan enam bulan penjara jika gagal membayarnya.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama sama.

Mengikut fakta kes, tindakan ketiga-tiga pemilik syarikat itu memalsukan dokumen membolehkan mereka memenangi tender berkaitan penswastaan pengutipan sisa pepejal dan pengurusan pembersihan awam di wilayah utara tanah air.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rehab Abdul Shukur bersama Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Zulfadli Azharudin.

Pada sesi pertuduhan tersebut, Suhaimi diwakili peguam, Khoo Wai Tuck manakala dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Semua tertuduh telah membayar denda tersebut di kaunter bayaran Mahkamah Alor Setar.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -tender-pembersihan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-7-2022 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.083747 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list