|
Sumber: Tiktok Xi
Selain Aisar Khaled, rasanya kebanyakan anak muda mengenali influencer Ammar Nazhan kerana kontroversi yang sering dicetuskan.
Sebelum ini, Ammar pernah dikecam golongan ibu bapa kerana gemar menggunakan wanita berpakaian seksi sebagai content di saluran YouTube miliknya.
Sering dilabel sebagai 'pencetus kontroversi', jejaka itu sekali lagi menimbul satu lagi isu yang membuat dirinya menjadi bahan kecaman di kalangan netizen.
Menurut sumber, Ammar telah memadam video tersebut di akaun YouTube miliknya, namun seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Xi memuat naik semula aksi Ammar.
Menerusi video itu, kelihatan Ammar sedang mengelap kakinya mengguna tudung. Perbuatannya itu dianggap melampaui batas oleh netizen.
Hal ini kerana bukan sahaja netizen merasakan tindakannya itu melampaui batas, malah netizen merasakan Ammar telah menjatuhkan martabat wanita yang berhijab.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Tiktok mengecam tindakan influencer terbabit kerana merasakan gurauannya pada kali ini sudah melebihi batas. - CARI
Sumber: Tiktok Xi
|
|