CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 107|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bungkus dadah jadi batang krayon, pos ke luar negara

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode

TIGA batang ketulan mampat disyaki dadah syabu dibalut dengan kertas bertulis Soft Oil Pastel. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Polis membongkar kegiatan pembungkusan semula dadah syabu dan ketamin bernilai RM48,636 menerusi dua serbuan di sekitar daerah ini, Khamis lalu.

Dalam serbuan itu, lelaki warga tempatan berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan pertama pada 11.40 malam, menemukan tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah ketamin seberat 2.82 gram.

Katanya, dengan dipandu arah suspek, serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah sewa di kawasan Lebuh Sungai Pinang, di sini, dan merampas 1.018 kilogram dadah disyaki syabu dan tiga paket dadah seberat 77 gram disyaki ketamin serta alat pembungkusan dadah.

"Terdapat tiga batang ketulan mampat syabu dibalut dengan kertas bertulis 'Soft Oil Paste' yang mana ia dibungkus semula menjadi bentuk krayon, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibungkus sebelum dihantar menerusi pos ke luar negara dan suspek sudah melakukan kaedah itu sebanyak tiga kali.

"Mengikut keterangan suspek, bungkusan yang sudah dihantar kini masih berstatus 'belum selesai' (pending) dan kita akan mendapatkan bantuan unit risikan di Bukit Aman," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, hari ini.

Nilai keseluruhan dadah dirampas dan sitaan harta ialah RM82,636 manakala keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 5,250 penagih dadah.

Mengulas lanjut Soffian berkata, didapati sindiket itu sudah bergiat aktif sejak pertengahan 2021 bagi pasaran luar negara.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita masih mengesan ahli sindiket lain yang disyaki terbabit dan menyiasat nilai bungkusan serta mengenai cara suspek mendapatkan pembeli," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pos-ke-luar-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.089519 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list