CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 105|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mafi kenal pasti varieti padi berdaya tahan hadapi perubahan cuaca

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Mertajam: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) sedang mengenal pasti varieti padi yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap perubahan cuaca khususnya musim tengkujuh dan kemarau.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, cuaca antara faktor yang perlu dihadapi dalam industri padi dan beras negara.

"Penanaman padi dipengaruhi oleh cuaca sama ada banjir atau kemarau. Oleh itu, kita mempunyai langkah dan penambahbaikan sedia ada untuk mengurangkan pengaruh cuaca terhadap petani tempatan serta industri.

"Dalam hal ini, untuk langkah ke hadapan kita sedang mengenal pasti varieti padi yang tahan dengan perubahan cuaca.

"Pada masa sama, kita turut mempunyai beberapa peruntukan untuk menampung sedikit kerugian yang dialami oleh pesawah ekoran faktor cuaca yang menyebabkan tanaman tidak menjadi," katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas majlis perasmian Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan syarikat peneraju Pulau Pinang di Permatang Nibong, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi memaklumkan bahawa Monsun Barat Daya akan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.

Bagi tempoh ini, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera stabil.

Ia juga akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain serta menghasilkan taburan hujan yang rendah.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada konsep Smart SBB dapat membantu mengoptimumkan pengeluaran padi ketika berlaku perubahan cuaca, Ronald bekata, kajian dan penambahbaikan itu sudah diambil kerajaan sejak industri bermula sehingga kini.

Mengulas lanjut, Ronald memaklumkan bahawa Smart SBB bermatlamat meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran padi dan pendapatan pesawah dengan sasaran jumlah kawasan sawah padi seluas 150,000 hektar di seluruh negara secara berperingkat.

"Sejak diperkenalkan pada 23 Februari tahun lalu, program ini berjaya dilaksanakan di sembilan negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan pembabitan sebanyak 19 buah syarikat peneraju.

"Hari ini, lima lagi syarikat peneraju yang baharu menandatangani MoU menjadikan jumlah keseluruhan 24 syarikat terbabit dalam program ini," katanya.

Jelasnya, sehingga Mac lalu , seramai 4,123 orang peserta menyertai program itu dengan jumlah keluasan lebih 10,000 hektar.

Program Smart SBB terbukti berhasil meningkatkan pendapatan dan purata hasil padi sehektar, selain mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... api-perubahan-cuaca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-6-2022 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.081029 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list