CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 153|Reply: 0

Atlet Terengganu ke Sukan Sea Hanoi ditawarkan insentif pingat

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode

WAN Sukairi (berdiri kanan) berbual dengan tetamu pada Majlis Sambutan Aidilfitri MSNT di Gong Badak, hari ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Nerus: Kerajaan negeri menawarkan Insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) kepada atlet Terengganu yang berjaya memperoleh pingat pada temasya Sukan Sea ke-31 di Hanoi, Vietnam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, atlet yang menyertai acara individu dan memperoleh pingat emas akan menerima insentif RM4,000, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000).

Beliau berkata, atlet menyertai acara berpasukan yang berjaya memperolehi pingat emas pula akan menerima insentif RM,2,500 diikuti perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,500).

"Seramai 47 atlet Terengganu dipilih mewakili negara dalam pelbagai acara pada temasya Sukan Sea ke-31 di Hanoi, Vietnam.

"Sejak bermulanya temasya Sukan Sea Khamis lalu, seramai lapan atlet dari negeri ini sudah memperolehi pingat iaitu satu emas, tiga perak dan empat gangsa," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya.

Wan Sukairi berkata, kerajaan turut menyediakan insentif Skim Wakil Negara (SWARA) sebanyak RM1,000 bagi setiap atlet yang dipilih mewakili negara ke Sukan Sea membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM47,000.

Beliau berkata, bayaran insentif kepada 47 atlet itu akan diuruskan oleh pegawai MSNT pada Khamis ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-insentif-pingat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

14-8-2022 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.080587 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list