CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 138|Reply: 0

Nurul Ashikin idam bawa pulang pingat Sukan Sea

[Copy link]
Post time 17-5-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode

NURUL Ashikin (tengah) diraikan pada majlis di UMP sebelum bersaing di Sukan Sea Hanoi, Vietnam. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Membawa pulang sebutir pingat menjadi impian atlet jalan kaki 20 kilometer (km) negara, Nurul Ashikin Hussin apabila bertarung di saingan Sukan Sea Hanoi, Vietnam.

"Saya tidak mengira apa warna pingat...yang penting pingat yang akan menjadi bukti kejayaan pada penyertaan pertama di temasya dwitahunan ini.

"Kejayaan yang diraih akan menjadi pembakar semangat pada saya selepas mengadakan persiapan selama tiga bulan," katanya selepas menerima sumbangan wang saku daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang disampaikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof Madya Dr Rusllim Mohamed, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Mohd Aznorizamin Ismail.

Nurul Ashikin yang kini belajar di UMP berkata, selepas muncul juara di Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur awal tahun ini, dia diberi peluang untuk membawa cabaran kontinjen olahraga ke Sukan Sea Hanoi.

Menurutnya, catatan masa terbaik dilakukan ketika latihan dalam stadium di Sekolah Sukan Malaysia Pahang ialah 2 jam dan ia tidaklah terlalu baik di peringkat antarabangsa.

Katanya, dia difahamkan acara jalan kaki 20km di Sukan Sea Hanoi akan disertai empat peserta dengan dua peserta tuan rumah dijangka mempunyai kelebihan meraih kejayaan.

"Saya berjanji untuk memberi persembahan yang terbaik walaupun hanya tiga bulan membuat persiapan bersama jurulatih, Mohd Fauzi Sulaiman.

"Kejayaan pada Sukan Sea Hanoi kali ini akan menjadi landasan kepada saya untuk melangkah lebih jauh dalam acara jalan kaki 20km yang sememangnya menjadi kegemaran saya," kata atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-pingat-sukan-sea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.076155 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list