CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 106|Reply: 0

[Pulau Pinang] Atasi segera pencemaran lumpur Kampung Teluk Nipah - CAP

[Copy link]
Post time 17-5-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Pencemaran lumpur di Kampung Teluk Nipah dekat Pantai Merdeka di Kedah, mengancam kawasan pendaratan ikan nelayan pantai. FOTO IHSAN CAP

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Pejabat Daerah Kuala Muda dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi pencemaran lumpur di Kampung Teluk Nipah dekat Pantai Merdeka, di sini.

Masalah dipercayai berpunca daripada hakisan tanah dari bukit berhampiran itu mengancam kawasan bagi nelayan pantai, selain menyukarkan mereka untuk melabuhkan bot dan mendaratkan hasil tangkapan.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan mendapati air laut di kawasan terbabit bertukar warna menjadi keruh dan keadaannya menjadi lebih ketara ketika hujan.

Katanya, selain mencemarkan air laut, mendapan lumpur turut berlaku di kawasan berkenaan.


"CAP kesal dengan kejadian ini dan jika dibiarkan, kesan lebih buruk akan berlaku pada masa akan datang.

"Selain menjejaskan aktiviti harian nelayan, pencemaran itu mungkin merebak dan mengancam hidupan laut yang menjadi sumber pendapatan utama mereka," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohideen berkata, CAP juga bimbang aktiviti bukit berhampiran yang ditarah akan mengalami hakisan serius dan boleh menyebabkan berlaku tanah runtuh di kawasan itu.

Sehubungan itu, CAP berharap Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) melakukan kajian menyeluruh bagi memastikan punca masalah itu dapat ditangani dengan berkesan serta tidak mencetuskan keadaan lebih buruk.

"Selain membina benteng pencegah hakisan di kawasan terbabit, tindakan undang-undang tegas juga perlu diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

"CAP juga meminta pihak berkenaan mendedahkan hasil siasatan dan tindakan diambil kepada orang ramai secepat mungkin," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ung-teluk-nipah-cap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.630986 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list