CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 904|Reply: 4

Belum Ada Rezeki Anak, Izzue Islam Dan Isteri Beli Rumah Mewah

[Copy link]
Post time 17-5-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Alhamdulillah, simpan sini buat kenangan".


Demikian perkongsian ringkas penyanyi dan pelakon Izzue Islam yang menzahirkan kesyukuran dan penghargaan apabila dikurniakan rezeki untuk memiliki rumah miliknya sendiri bersama isteri, Awin Nurin.


Foto: IG




Biarpun belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, namun pasangan itu teruja berkongsi momen menjejakkan kaki ke rumah pertama milik mereka.


Izzue atau pemilik nama penuh, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 31, berkongsi momen berharga itu menerusi platform Tik Tok baru-baru ini.


  



Bekas anggota kumpulan Forteen itu tidak melepaskan peluang merakam momen sewaktu mendapat kunci rumah sehinggalah lawatan mengelilingi kawasan kediamannya di sekitar Eco Grandeur yang terletak di Puncak Alam, Selangor.


Rata-rata ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengguna media sosial.




  



Malah, warga maya turut memuji pasangan ini yang setia dan bahagia bersama walaupun belum dikurniakan rezeki zuriat.


Izzue turut dipuji sebagai suami contoh yang sentiasa memberikan yang terbaik dan menggembirakan hati isterinya.




  



  



Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin, 39, pada 2 Jun 2013. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai pulak artis beli rumah eco2 ni dekat pelbagai lokasi. Wany hasrita pun eco2 jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:16 AM | Show all posts
alhamdulillah. semoga izzue setia hingga hujung nyawa dengan isterinya. isterinya pun nampak tak melebih2 dan lebih down to earth dpt laki ensem.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 18-5-2022 07:13 AM
Ramai pulak artis beli rumah eco2 ni dekat pelbagai lokasi. Wany hasrita pun eco2 jugak kan?

Wani dgn Alessya kat Eco Majestic Mellowood
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 12:31 PM GMT+8 , Processed in 3.380754 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list