CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1524|Reply: 19

[Tempatan] Harta pusaka RM300 bilion, waris 'Datuk Bentara Luar' masih menunggu keputusan

[Copy link]
Post time 17-5-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-5-2022 02:39 PM

JOHOR BAHRU: Waris Datuk Bentara Luar Johor, Allahyarham Datuk Mohammed Salleh Perang masih menunggu keputusan Mahkamah Syariah Johor Bahru berkaitan status tuntutan harta pusaka daripada kerajaan negeri yang didakwa bernilai lebih RM300 bilion.

Wakil mereka, Mohd Zaini Aris, berkata sekiranya proses tuntutan berkenaan berjaya, tuntutan selanjutnya akan dilakukan di pejabat tanah dan pejabat-pejabat agensi kerajaan negeri berkaitan lain, mengikut lunas undang-undang oleh waris yang berhak dan layak mendapat bahagian masing-masing.

Menurutnya, pihaknya memiliki dokumen sah seperti geran tanah bagi membuktikan Allahyarham masih mempunyai aset di beberapa daerah di Johor dan sehingga kini masih belum dipindah milik kepada waris yang berhak.

"Lambat atau cepat proses tuntutan harta pusaka keluarga Allahyarham bernilai lebih RM300 bilion daripada kerajaan negeri, kami akan setia menunggu sehingga proses selesai," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Almarhum Dato Bentara Luar 2022 di Larkin, semalam.

Pada Disember tahun lalu, waris Allahyarham memfailkan notis permohonan untuk mendapatkan suatu perintah faraid bagi harta pusaka mereka yang didakwa bernilai lebih RM300 bilion di Mahkamah Syariah di sini.

Seramai 11 pemohon yang menjadi wakil ahli keluarga Datuk Bentara Luar Johor itu menandatangani afidavit untuk permohonan itu.

Sementara itu, Mohd Zaini berkata, lebih 500 ahli keluarga membabitkan tujuh generasi hadir ke majlis yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim keturunan mereka, termasuk dari Kuala Lumpur, Kelantan, Sarawak, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka selain dari seluruh Johor.

"Di samping meluangkan masa bersama keluarga besar ini dan menikmati jamuan hari raya, kami turut tidak melepaskan peluang mengikuti penerangan peguam, Norhanisah Johar berkaitan perkembangan tuntutan harta pusaka. Kami berharap kesemua proses berjalan lancar," katanya.

Waris Allahyarham sudah menjangkau tujuh generasi membabitkan lebih 4,000 orang dengan daftar kematian waris yang direkodkan seramai 462 orang.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/956203/tuntut-harta-rm300-bilion-waris-datuk-bentara-luar-tunggu-keputusan




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kayanya tersenarai dalam list orang terkaya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:11 AM | Show all posts
Johor ni negerinya luas tp x byk penduduk zaman tu. Alangkah jawa2 dtg thn 1920an pun senang2 sultan anugerahkan tanah kat Batu Pahat/Pontian, lagikan Salleh Perang, org kerajaan Johor. mestila tanah luas2 dia ada kat johor tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:13 AM | Show all posts
LoveSungmin replied at 17-5-2022 10:40 AM
kayanya  tersenarai dalam list orang terkaya tak?

late 19th century ni dulu batu pahat tu dato bentara luar ini yg punya. mcm tai ko kawasan. direct servent pada sultan. mau tak kayo rayo..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:30 AM | Show all posts
haah, generasi atuk weols kat kampung tu memang dapat tanah luas yach. Kalau orang bandar tengok, harus diorang kata weols kaya sebab tanah luas gila kot sampai ke belakang rumah sana. Yang ni belah2 kampung la. Generasi sekarang ni, diorang bina rumah kat lot2 tanah tu. So kat kampung tu dah berlapis2 rumahnya. Kalau baraan tu jenuh nak habiskan satu kampung dalam sehari
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:45 AM | Show all posts
pakcik dah lama tak berjumpa
igt sya lg tak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:58 AM | Show all posts
harta 300b bila boleh dapat tu, ni dah 7 keturunan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:08 PM | Show all posts
wahhh..kalau pasal harta, sedara mara seluruh pelusuk dunia hadir..hahaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:11 PM | Show all posts
dekat Johor kan banyak nama kawasan bermula dgn Parit XXX
adakah tu bermakna sempadan setiap tuan punya tanah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
RM300 billion dibahagikan dgn 4000 waris
Boleh dapat dlm rm75 juta seorang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka nk tukar ic kat jpn code 01 laaa...sempat lg x
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:25 PM | Show all posts
Body_language replied at 17-5-2022 11:11 AM
Johor ni negerinya luas tp x byk penduduk zaman tu. Alangkah jawa2 dtg thn 1920an pun senang2 sultan ...

Good luck la....ni semua geran tanah udah bertindih. 7 keterunan mmg susah lah nak klaim.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Deme pikiaq ni mcm kes batu putih kott..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 01:41 PM | Show all posts
Harta pusaka RM300 billion??



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Beta suka berita begini!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:09 PM | Show all posts
rashiman replied at 17-5-2022 12:25 PM
RM300 billion dibahagikan dgn 4000 waris
Boleh dapat dlm rm75 juta seorang..

Wow...Malaysia pecah rekod lahirkan 4000 jutawan dlm sekelip Mata...rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:10 PM | Show all posts
Normabaru replied at 17-5-2022 01:23 PM
Kaka nk tukar ic kat jpn code 01 laaa...sempat lg x

Boleh ke...kalau boleh nak lar juga hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:10 PM | Show all posts
Banyaknya harta ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah kat johor pon banyak yg dh kene amik dek cina mainland
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
300 billion kau. Menangis najib 2.6bil pun ummah dah mengamuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.192154 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list