CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 170|Reply: 0

'Macam bermimpi raih emas'

[Copy link]
Post time 17-5-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode

NOR Sarah ungguli acara lompat bergalah. FOTO Bernama

Hanoi: Nor Sarah Adi menjelmakan pingat emas ke-19 kontinjen negara di Sukan Sea Vietnam 2021 dalam acara lompat bergalah wanita yang berlangsung di Stadium My Dinh, sebentar tadi.

Atlet dari Pahang itu berusia 22 tahun itu berkata, emas dalam acara lompat bergalah sama sekali tidak dijangka memandangkan dirinya ke Hanoi untuk menyertai acara 4x100 meter (m).

"Saya layak untuk 4x100m tetapi menerima peluang untuk menyertai acara lompat bergalah. Tentunya peluang sebegini tidak selalu dapat dan saya mahu menjanjikan yang terbaik walaupun berdepan kekangan masa untuk berlatih (lompat bergalah).

"Saya juga mengalami kecederaan belakang pada minggu lalu namun alhamdulillah segalanya sudah diatur sebaiknya oleh Tuhan. Saya nak melakukan yang terbaik juga dan syukur dapat melakukan lompatan 4m sekali gus memperbaiki catatan peribadi terbaik saya. Saya juga rasa seperti bermimpi apabila memenangi pingat emas ini," katanya.

Sarah meraih emas dengan lompatan 4m manakala perak dimenangi atlet Thailand, Chonthicha Khabut (3.80m) dan gangsa dibawa pulang Alyana Joyce Nicolas Martinez dari Filipina, 3.60m.

Dalam pada itu, Sarah turut membantu kuartet 4x100m wanita yang disertai S Komalam Shally, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Azreen Nabila Alias meraih gangsa dengan catatan 45.32s.

Emas dimenangi Thailand dengan catatan 44.39s manakala perak diraih tuan rumah, Vietnam, 45.25s.

Kuartet 4x100m lelaki disertai Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Muhammad Haiqal Hanafi pula mengekalkan perak yang diraih di Filipina 2019 dengan catatan 39.09s manakala Thailand memenangi emas, 38.58s. Gangsa diraih Singapura 39.44s.

Pencapaian kuartet di Hanoi kali ini turut memecah rekod kebangsaan yang diraih di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 iaitu 39.27s.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bermimpi-raih-emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

14-8-2022 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.076220 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list