CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1063|Reply: 11

[Tempatan] Dibawa arus banjir, 5 beranak dalam MPV nyaris maut

[Copy link]
Post time 17-5-2022 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-5-2022 01:37 PM

Kuala Pilah: Hujan lebat yang menyebabkan banjir di negeri ini petang semalam turut menyebabkan sebuah kereta yang dinaiki lima beranak termasuk seorang bayi dihanyutkan air dekat Kampung Dingkir Inas, di sini.

Bagaimanapun, pada kejadian 5.30 petang itu, semua mangsa berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, difahamkan, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza itu cuba melalui jalan yang dinaiki air di lokasi berkenaan.

"Bomba menerima panggilan jam 5.36 petang dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah dengan dua jentera bergegas ke lokasi sebelum tiba, jam 5.45 petang.

"Kami mendapati sebuah MPV berwarna biru tersangkut di kawasan semak selepas dipercayai dibawa arus dan maklumat mengatakan terdapat lima mangsa terperangkap di dalamnya," katanya ketika dihubungi.

Dia berkata, pihaknya kemudian melakukan operasi mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang sebelum kelima-lima mangsa berjaya diselamatkan.

"Daripada maklumat yang kami terima, pemandu MPV berkenaan cuba menyeberangi jalan yang dinaiki air, namun dibawa arus deras.

"Mangsa terdiri daripada dua wanita dewasa, dua kanak-kanak dan seorang bayi. Semuanya tidak mengalami kecederaan, namun dibawa ke penempatan sementara menggunakan kenderaan bomba," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/842623/5-beranak-diselamatkan-dari-kereta-dihanyut-banjir







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan cuba cuba sangat
Naseb family.ko tak.dihanyutkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 09:44 AM | Show all posts
skrg cuaca tak menetu..14hb panas terik masa otw pi sampit ptg tu dah hujan lebat siap kilat dentam dentum ramai campers smpi dgn family terpinga2 katanya tak sangka hujan plak sebab diorg refer wther forcast panas sari dua ni. balik sini dari rawang terus ke seremban panas pastu ptg hujan lebat smpi semalam..nasib aku balik awal. tapi situ lain georgraphy dia..sungai pun bukan dari gunung. namun..malang itu tak berbau jaga2 selalu..jaga mulut jaga perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:26 AM | Show all posts
dah koba jangan ngodah banjir jangan ngodah banjir, doge gak kau..
nasib baik jumpo..
tu la..
pompuan tak ponah salah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:30 AM | Show all posts
Mangsa terdiri daripada dua wanita dewasa, dua kanak-kanak dan seorang bayi.

siapa driver?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur ank2 selamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:45 PM | Show all posts
rospinki replied at 17-5-2022 01:44 AM
skrg cuaca tak menetu..14hb panas terik masa otw pi sampit ptg tu dah hujan lebat siap kilat dentam  ...

k.L & selangor hari hari hujan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:51 PM | Show all posts
cuaca tak menentu
kwn ajak merintis gunung pun, iols tolak. seriau dgn kes bebaru ni di gunung suku
bg tenang2 duluan, layan hari raya duluan.. kang baru aktifkan diri semula
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
umah parents haku Kat rwg belakang umah ado sungai fuh nangis ooo da sampai tobing...kalo x hujan smair sungai hat buku lali jo...giler tinggi air eh deras pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti kes nekqd redah banjir sbb terasa keta tu mcm keta kebal gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Carcosa at 17-5-2022 11:58 PM

Babi yg drive tu
Semoga kau hidup dlm penyesalan smp hari kau mampos
Walaupun semua selamat, kau tak pikir trauma bebudak dlm tu?? Baby tu, kau tak pikir, kalau tenggelam kereta cekai kau tu, baby tu mcmana??
Kalau nak buat perangai acah2 Indiana Jones, kau tunggu kau sorang je dlm kereta , boleh tak??
Aku benci org dewasa yg takde akal mcm ni.
Semoga lepas ni, dia sengsorang mampos lemas dlm kereta cekai dia tu. Apa dia ingat dia drive kapal laut ke???
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
aku yg kat the other side of Kuala Pilah kepanasan wpun langit beberapa hari acah2 mendung..tapi hujannya idok..balek KL hujan sikit kat hiway Lekas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.085606 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list