CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 417|Reply: 2

[Tempatan] Jalan pintas tanpa melalui Terowong Menora kurangkan risiko kemalangan

[Copy link]
Post time 16-5-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Kerajaan negeri menyokong sepenuhnya cadangan tersebut kerana projek jalan pintas itu di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan tidak menggunakan dana kerajaan, kata Menteri Besar Perak Saarani Mohamad. (Gambar Bernama)

IPOH: Kerajaan Perak menerima cadangan projek pembinaan jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar tanpa melalui Terowong Menora, di Lebuhraya Utara Selatan, yang diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, berkata kerajaan negeri menyokong projek pihak swasta, melibatkan perjalanan projek melalui susur keluar Gopeng hingga ke Siputeh dan bersambung ke Kuala Kangsar sepanjang 64km itu yang turut telah memperoleh persetujuan Kabinet.

“Jarak melalui jalan itu sedikit panjang tetapi masa yang diambil tidak lama kerana tidak melalui bukit. Kerajaan negeri menyokong sepenuhnya cadangan tersebut kerana projek ini di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan tidak menggunakan dana kerajaan.

“Dalam tempoh setahun, syarikat berkenaan berjaya menguruskannya dengan berjumpa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk perbincangan lanjut.

“Syarikat itu mendapat kelulusan daripada kerajaan sejak Apr lalu dan akan mengambil masa dua tahun untuk mereka mendapatkan pembiaya dan seterusnya kerja pengambilalihan tanah akan dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM), di sini hari ini.

Saarani berkata, projek itu diharapkan dapat mengurangkan kejadian kemalangan di kawasan panas tersebut kerana faktor geografinya yang mendatar dan tiada bukit serta kurang sesak.

Dalam kejadian tengah malam Rabu lalu, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan bersama dua treler di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar.

Terdahulu, Saarani meluluskan dana peruntukan sebanyak RM250,000 kepada PPPKM bagi membolehkan mereka meningkatkan urusan perniagaan ahli.

“Susulan terdapat penjaja yang terjejas sewaktu pandemik Covid-19, saya meluluskan peruntukan RM200,000 kepada PPPKM iaitu RM40,000 kepada persatuan induk di sini dan setiap RM10,000 kepada 16 daerah serta tambahan RM50,000 yang ingin diberikan dengan harapan mereka dapat menguruskannya dengan baik,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju je idea nak buat projek, so lantik kroni, lepas tu kutip komisen, fulus masyuukkk. Akal Umno mudah nau dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la byk mana jln sekalipn...kalo yg bwk atas jln tu perangai mcm bab*, agk2 boleh kurangkn kemalangan kaa??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-6-2022 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.086575 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list