CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 771|Reply: 13

[Tempatan] Tembok dilanggar Myvi hempap 2 gerai

[Copy link]
Post time 16-5-2022 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Tembok dilanggar Myvi hempap 2 gerai


Keadaan muncung Perodua Myvi terjuntai dari tingkat sembilan ruang parkir selepas merempuh tembok menyebabkan struktur itu runtuh dan menghempap ruang gerai. - FOTO IHSAN POLIS


SEREMBAN: Seorang peniaga gerai cedera pada kepala dan tangan selepas terkena zink selepas tembok dinding dari tingkat sembilan ruang parkir runtuh gara-gara dilanggar sebuah kereta petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang apabila pemandu sebuah Perodua Myvi dikatakan tertekan pedal minyak ketika cuba untuk keluar dari parkir di Stesen Bas Terminal 1, di sini, lalu merempuh tembok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai satu kemalangan di tingkat sembilan kawasan tempat letak kenderaan Stesen Bas Terminal 1, yang membabitkan sebuah Perodua Myvi.

Hasil siasatan awal, katanya kemalangan berlaku ketika pemandu kereta yang berusia 22 tahun hendak bergerak keluar dari kotak parkir menuju lobi utama seorang diri.

"Sejurus terbabas dan melanggar tembok menyebabkan struktur itu runtuh, bumbung zink sebuah gerai yang dihempap terkoyak dan terkena seorang wanita berusia 58 tahun yang bekerja sebagai peniaga gerai di kawasan itu.

"Akibat kemalangan, mangsa wanita terbabit cedera pada bahagian kedua-dua tangan dan luka pada kepala, manakala pemandu Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... myvi-hempap-2-gerai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok king, turn ko blk lps lori, trailer, pilot darat buat hal
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan pertama kali
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:11 AM | Show all posts
cam mana ye dorang ni dapat lesen..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:36 AM | Show all posts
Dah nama pun King, apa ada hal, nasib baik tiada kemalangan jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tembok tk ditanam besi ni bahaya jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:08 AM | Show all posts
tadi pagi pun myvi tunju genster kt jalan, takyahla panggil king myvavi ni lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kes ni rasanya dia tak sengaja. Yang perlu dipertikaikan adalah ketahanan tembok penghadang itu sendiri yang terbukti tidak selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti salah masuk gear D ni kan? Pastu lajak pula pedal minyak laju2
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 11:27 AM | Show all posts
tembok tak bertulang
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 17-5-2022 11:23 AM
Mesti salah masuk gear D ni kan? Pastu lajak pula pedal minyak laju2


Biasanya hp tengah melekap kt telinga klau ada kes2 mcm ni......sbb tu masa test jpj dua2 tangan kena  letak kt stereng dan peratikan kedudukan gear dlm position yg betul sblm tekan minyak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
risau haku ngan keta auto nie...biar la org ckp senang je keta auto nie, tp haku mmg x pandai auto2 nie...kaki ku hanya mampu tekan clutch je biarpun merungut d kala jammed
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 03:34 PM | Show all posts
Kesilapan pemandu tembok juga disalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 17-5-2022 03:23 PM
Biasanya hp tengah melekap kt telinga klau ada kes2 mcm ni......sbb tu masa test jpj dua2 tangan k ...

Mungkinlah kot..tekan2 tepon xsedar tanpa sengaja masuk gear D
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.083380 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list