View: 807|Reply: 13
|
[Tempatan]
Tembok dilanggar Myvi hempap 2 gerai
[Copy link]
|
|
Tembok dilanggar Myvi hempap 2 gerai

Keadaan muncung Perodua Myvi terjuntai dari tingkat sembilan ruang parkir selepas merempuh tembok menyebabkan struktur itu runtuh dan menghempap ruang gerai. - FOTO IHSAN POLIS
SEREMBAN: Seorang peniaga gerai cedera pada kepala dan tangan selepas terkena zink selepas tembok dinding dari tingkat sembilan ruang parkir runtuh gara-gara dilanggar sebuah kereta petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang apabila pemandu sebuah Perodua Myvi dikatakan tertekan pedal minyak ketika cuba untuk keluar dari parkir di Stesen Bas Terminal 1, di sini, lalu merempuh tembok.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai satu kemalangan di tingkat sembilan kawasan tempat letak kenderaan Stesen Bas Terminal 1, yang membabitkan sebuah Perodua Myvi.
Hasil siasatan awal, katanya kemalangan berlaku ketika pemandu kereta yang berusia 22 tahun hendak bergerak keluar dari kotak parkir menuju lobi utama seorang diri.
"Sejurus terbabas dan melanggar tembok menyebabkan struktur itu runtuh, bumbung zink sebuah gerai yang dihempap terkoyak dan terkena seorang wanita berusia 58 tahun yang bekerja sebagai peniaga gerai di kawasan itu.
"Akibat kemalangan, mangsa wanita terbabit cedera pada bahagian kedua-dua tangan dan luka pada kepala, manakala pemandu Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... myvi-hempap-2-gerai
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok king, turn ko blk lps lori, trailer, pilot darat buat hal |
|
|
|
|
|
|
|
cam mana ye dorang ni dapat lesen..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah nama pun King, apa ada hal, nasib baik tiada kemalangan jiwa |
|
|
|
|
|
|
|
Tembok tk ditanam besi ni bahaya jugak |
|
|
|
|
|
|
|
tadi pagi pun myvi tunju genster kt jalan, takyahla panggil king myvavi ni lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes ni rasanya dia tak sengaja. Yang perlu dipertikaikan adalah ketahanan tembok penghadang itu sendiri yang terbukti tidak selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti salah masuk gear D ni kan? Pastu lajak pula pedal minyak laju2 |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 17-5-2022 11:23 AM
Mesti salah masuk gear D ni kan? Pastu lajak pula pedal minyak laju2
Biasanya hp tengah melekap kt telinga klau ada kes2 mcm ni......sbb tu masa test jpj dua2 tangan kena letak kt stereng dan peratikan kedudukan gear dlm position yg betul sblm tekan minyak |
|
|
|
|
|
|
|
risau haku ngan keta auto nie...biar la org ckp senang je keta auto nie, tp haku mmg x pandai auto2 nie...kaki ku hanya mampu tekan clutch je biarpun merungut d kala jammed |
|
|
|
|
|
|
|
Kesilapan pemandu tembok juga disalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 17-5-2022 03:23 PM
Biasanya hp tengah melekap kt telinga klau ada kes2 mcm ni......sbb tu masa test jpj dua2 tangan k ...
Mungkinlah kot..tekan2 tepon xsedar tanpa sengaja masuk gear D |
|
|
|
|
|
|
| |
|