CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 484|Reply: 0

Kali ini Kourtney Kardashian, Travis bukan kahwin ‘olok-olok’

[Copy link]
Post time 16-5-2022 10:41 PM | Show all posts |Read mode

KOURTNEY dan kekasih, Travis dilaporkan sudah berkahwin secara sah dalam majlis yang hanya dihadiri kenalan terdekat.

Kali ini Kourtney Kardashian, Travis bukan kahwin ‘olok-olok’

SELEPAS mencetuskan kontroversi ‘kahwin olok-olok’ pada awal April lalu, pasangan sensasi popular, Kourtney Kardashian dan Travis Barker dilaporkan sudah berkahwin secara sah di Santa Barbara, California, Amerika Syarikat.

Perkara tersebut didedahkan portal hiburan, TMZ yang turut disertakan dengan untaian foto Kourtney dan pasangan dalam persalinan busana pengantin dan suasana majlis perkahwinan.

Terdahulu, Kourtney atau nama sebenarnya, Kourtney Mary Kardashian mengikat tali pertunangan dengan Travis yang juga merupakan pemain dram kumpulan Blink-182.

Menurut sumber, pasangan tersebut mengangkat ikrar perkahwinan dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Mereka terpaksa mempercepatkan perkahwinan biarpun majlis besar-besaran di Itali akan diadakan tidak lama lagi.

“Majlis tersebut sedang dalam proses persediaan dan semua orang termasuk anak-anak sedang berasa sangat teruja menunggu hari bahagia Kourtney dan Travis,” ujar sumber berkenaan.

Sebelum ini, pasangan tersebut dikatakan telah melangsungkan perkahwinan secara ‘olok-olok’ di sebuah gereja di Las Vegas beberapa jam selepas muncul di acara Grammy Awards.

Bagaimanapun, ‘perkahwinan’ berkenaan sebenarnya hanya sekadar ‘lakonan’ semata-mata dan tidak berdaftar dengan agensi perkahwinan yang sah.

Hal ini kerana, kakak kepada Kim Kardashian itu sendiri mendedahkan bahawa mereka tidak mendaftarkan lesen perkahwinan yang membawa maksud perkahwinan di Las Vegas itu tidak rasmi atau tidak sah secara undang-undang.

Kourtney tidak pernah berkahwin namun memiliki tiga orang anak bersama mantan kekasihnya, Scott Disick.

Sementara itu, Travis pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertama bersama Melissa Kennedy hanya bertahan sembilan bulan sebelum bercerai pada 2002.

Travis kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Shanna Moakler dan mereka dikurniakan dua orang anak sebelum bercerai pada 2008. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... n-kahwin-olok-olok/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.085665 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list