CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 210|Reply: 0

Skuad Harimau Muda terlepas peluang

[Copy link]
Post time 16-5-2022 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Skuad Harimau Muda terlepas peluang


Aksi Malaysia (jersi kuning) ketika menentang Kemboja dalam saingan Kumpulan B temasya Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. - Foto ihsan FB FAM.

HANOI: Malaysia melepaskan peluang untuk mengesahkan status juara Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2021 apabila terikat 2-2 dengan Kemboja dalam aksi di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi.

Skuad Harimau Muda yang turun tanpa beberapa tonggak dalam kesebelasan utama termasuk kapten, Mukhairi Ajmal Mahadi selain Luqman Hakim Shamsudin dan Nik Akif Syahiran Nik Mat mendapat banyak peluang sejak awal permainan, namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Sebaliknya, Kemboja yang dilihat lebih banyak bertahan, mencipta kejutan apabila berjaya mendahului pada masa kecederaan babak pertama hasil jaringan penalti Choun Chanchav.


Aksi Malaysia (jersi kuning) ketika menentang Kemboja dalam saingan Kumpulan B temasya Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. - Foto ihsan FB FAM.

Hanya enam minit selepas bersambung babak kedua, giliran Malaysia pula dihadiahkan sepakan penalti selepas Taing Bunchhai menjatuhkan Syafik Ismail dan peluang itu tidak disiakan-siakan Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk meledak gol penyamaan.

Kemboja bagaimanapun sekali lagi berada di depan menerusi jaringan Ky Rina hasil daripada satu serangan balas pada minit ke-60.

Tersentak dengan jaringan itu, pengendali skuad negara, Brad Maloney membawa masuk Luqman sebagai usaha untuk memperkuatkan bahagian serangan.


Aksi Malaysia (jersi kuning) ketika menentang Kemboja dalam saingan Kumpulan B temasya Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. - Foto ihsan FB FAM.

Tindakan itu berhasil apabila Luqman berjaya membuat umpanan untuk Hadi Fayyadh meledak gol penyamaan pada minit ke-67 dan keputusan 2-2 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan itu sekali gus membuka peluang cerah buat Thailand yang akan menentang Laos, malam ini untuk mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B.

Sekiranya Thailand berjaya mengalahkan Laos, mereka akan berdepan Indonesia di separuh akhir pada 19 Mei ini, manakala Malaysia pula bertembung dengan pasukan tuan rumah yang juga juara Kumpulan A, Vietnam.

Malaysia masih kekal di kedudukan teratas Kumpulan B dengan mengumpul lapan mata, dua mata mengatasi Thailand di tangga kedua dan aksi pasukan jiran itu dengan Laos malam ini akan menentukan kedudukan akhir kumpulan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... da-terlepas-peluang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.928668 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list