CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 231|Reply: 0

Kajian Mendapati Pengguna Android Memandu Lebih Baik Berbanding Pengguna iOS

[Copy link]
Post time 13-5-2022 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini syarikat perkhidmatan perbandingan insurans di Amerika Syarikat (AS) iaitu Jerry membuat kajian tentang tabiat dan tingkah laku pemandu dari pengguna iOS dan Android di AS. Mereka mendapati bahawa pengguna Android memandu lebih berhemat dan selamat berbanding pengguna iOS.

kredit foto: Whiplash & Injury St Louis



Petikan dari Vocket, kajian yang dibuat oleh Henry Hoenig itu menunjukkan pengguna Android dilihat sebagai pemandu yang lebih baik dan selamat kerana menunjukkan prestasi yang cukup baik secara keseluruhan seperti kegunaan brek, kelajuan, pusingan, gangguan jalan dan pecutan.



Difahamkan, kajian ini dibuat dengan merekodkan 20,000 pemandu di AS dengan jarak pemanduan mencecah 13 juta kilometer selama tempoh dua minggu untuk melihat tabiat dan tingkahlaku pemandu yang terlibat.


kredit foto: Jerry
kredit foto: Jerry





Tambahan pula, pengkaji itu percaya bahawa pemandu yang menggunakan iOS lebih mengikut emosi berbanding pemanduan berpandukan peraturan di jalan raya. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.079705 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list