CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 1800|Reply: 31

Tak Nak Isteri Marah- Hisyam Hamid Elak Buka Baju, Tayang Badan

  [Copy link]
Post time 13-5-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Demi menjayakan watak seorang bekas banduan dalam drama terbaharu berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan, pelakon Hisyam Hamid sanggup menurunkan berat badan sehingga 8 kilogram.


Kata Hisyam, 37, dia hanya mengambil makanan berat sehari sahaja sejak beberapa bulan lalu dan melakukan senaman supaya mendapatkan bentuk fizikal yang kurus.


Foto: IG




"Saya melakukan persediaan untuk melakonkan watak ini kira-kira dua bulan sebelum memulakan penggambaran pada April lalu. Saya berjaya turunkan sebanyak 8 kilogram dari berat badan 83 kg sebelum itu.


"Saya hanya ambil makanan berat sekali sahaja pada waktu tengah hari dan minum kopi atau makan roti pada sebelah malam. Berpuasa di bulan Ramadan sebelum ini juga membantu saya untuk turunkan berat badan.


"Bagaimanapun saya tidak mencadangkan amalan ini kepada orang ramai. Saya buat supaya nak dapatkan fizikal kurus supaya sesuai dengan watak seorang bekas banduan," katanya kepada mStar.




  



Hisyam ditemui ketika sidang media drama tersebut yang dijalan secara atas talian pada Khamis.


Diberikan kepercayaan sebagai watak hero dan bergandingan dengan pelakon wanita lain, Hisyam ada cara tersendiri bagi memastikan isterinya tidak berasa cemburu.


"Kalau tanyakan kepada isteri mesti dia kata tidak cemburu kerana faham dengan kerja saya sebagai pelakon. Namun saya tahu jauh di sudut hati seorang wanita akan wujud perasaan itu apabila melihat suami bersama dengan wanita lain walau dalam drama.


"Saya perlu bijak buat 'damage control'. Kita tahu macam mana nak kawal keadaan dan pujuk isteri. Bergandingan dengan pelakon wanita juga bukanlah satu masalah sehingga menjadi isu besar dalam rumah tangga," jelasnya.




  



Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada September 2006 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah dan Hayden.


Sementara itu, Hisyam juga sentiasa meletakkan limitasi dalam lakonan supaya tidak melakukan babak yang keterlaluan seperti menayang tubuh badan.


Kata Hisyam penonton sekarang cukup bijak menilai kualiti sesebuah karya dan adegan sebegitu tidak perlu untuk tujuan mempromosikan drama.




  



  



"Semestinya saya akan berbincang dengan pengarah jika ada babak yang tidak bersesuaian seperti membuka baju.


"enonton sekarang sudah bijak, jadi tak perlu nak 'belanja' jika babak tersebut tidak perlu dalam sesebuah drama," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 04:27 PM | Show all posts
kalau heols bukak baju, pecah semua empangan acik acik kaki drama ye.... dah lah hhelok, comeyyy, lesung pipit...sentiasa nampak wangi, even anak-anak dia pun nampak cam comot-comot, wife pun kejap imej gothic, kejap mak-mak, kejap kakak-kakak flat HDB singapore...tak konsisten dengan imej wangi heols...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku keliru dia ni ngan suami pasha sanda
Mcm serupa je
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 04:50 PM | Show all posts
anakmak replied at 13-5-2022 04:27 PM
Aku keliru dia ni ngan suami pasha sanda
Mcm serupa je

Laki fasha rambut senipis kulit bawang. Ni rambut terpacak. Boleh bezakan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 13-5-2022 04:27 PM
kalau heols bukak baju, pecah semua empangan acik acik kaki drama ye.... dah lah hhelok, comeyyy, le ...

Dia ni handsome cuma gigi dia pendek mcm mami azhar sulaiman..klu gigi dia panjang mesti kalah fattah amin atau zul ripin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnyeeee HH
Makan apa la smpi jd hensem nih
Merembes akak dibuatnya
Tp akak kecewa la sbb susah la nk tgk HH shirtless pasni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-5-2022 05:53 PM
Hensemnyeeee HH
Makan apa la smpi jd hensem nih
Merembes akak dibuatnya

Mmg minat dia ni dr dulu lebih dr peti ais no 2 yg ckp kemut2 tu...tp tu la syg x dpt nak lihat heols shirtless
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-5-2022 05:53 PM
Hensemnyeeee HH
Makan apa la smpi jd hensem nih
Merembes akak dibuatnya

Mmg handsome..ketiak pon bersih.takdelah bulu berjuntai
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mula2 tgk HH kat drama ariana rose dulu ingatkan dia ni umur senior mcm aaron aziz tu, tgk anak2 dh besar..rupanya pangkat adik2 i jer[em:12:]
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 09:16 PM | Show all posts
Ade scene drama dulu2 yang die bukak baju, nk selamatkan pompuan dalam air.
Lupe dah tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
King ridzuan hashim selamba je topless bertuals keluar dari bilik air. Iols recycle gmbr kat thread ni pulak



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ada pr malaysia ke? Sbb bapak malaysian cam senang dapat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
buku Tamar Jalis --->>> Siri bercakap dgn jin
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
buku Tamar Jalis --->>> Siri bercakap dgn jin
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
buku Tamar Jalis --->>> Siri bercakap dgn jin
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
buku Tamar Jalis --->>> Siri bercakap dgn jin
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 04:08 AM | Show all posts
kecewa @Kurex
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
HH ni jnis cute mukanya..tp xtau knp i rasa dia nmpk tua..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 13-5-2022 04:27 PM
Aku keliru dia ni ngan suami pasha sanda
Mcm serupa je

Suami pasha muka jenis lebar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 08:53 AM | Show all posts
bagi aku dia hensem sikit dari jul & harun esbok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-7-2022 12:18 AM GMT+8 , Processed in 1.418733 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list