CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 433|Reply: 3

Ketua Ajaran Sesat Simpan 11 Mayat Di Rumah

[Copy link]
Post time 13-5-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Seorang ketua ajaran sesat ditahan selepas polis menemui 11 mayat di rumah hutannya di Thailand.


Tawee Nanlan, 74, yang mendakwa sebagai 'bapa kepada semua agama', didakwa memaksa pengikutnya meminum air kencingnya dan memakan najisnya serta menghalang mereka daripada meninggalkan kumpulan itu.


Portal Metro UK melaporkan, sebaik polis menyerbu rumahnya di tengah hutan wilayah Chaiyaphum, mereka menemui mayat beberapa pengikutnya termasuk seorang bayi.




Sebahagian mayat yang ditemukan di rumah berkenaan.





Polis menerima aduan daripada keluarga mangsa, Khun Jenjira, 53, yang mendakwa ibunya yang berusia 80 tahun tinggal di rumah itu dan dilarang pulang kepada keluarga.


"Saya pergi melawat ibu dan saya melihat bagaimana wanita dipaksa mengikut kod pakaian dengan memakai kain sarung paras lutut dan lelaki perlu memakai seluar formal.


"Semua orang terpaksa menanggalkan kasut mereka sebelum memasuki rumah. Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah saya melihat ibu saya menyapu kahak lelaki ini di mukanya dan memakan muntah lelaki itu.


"Terdapat 11 mayat pengikut lelaki ini di premis itu. Ibu saya juga mengarahkan saya untuk meninggalkan mayatnya di tempat yang sama," katanya.




Tawee ditahan pihak berkuasa Thailand.




Pengikut juga diminta menentang semua peraturan Covid-19.


Mereka berkata, apabila pengikut sudah menumpukan hidup untuk mengikuti ajaran lelaki itu, mereka akan selamat daripada Covid-19.


Pegawai penyiasat menemui lima keranda di luar tapak perkhemahan yang semuanya digerudi untuk membolehkan cecair limfa mengalir keluar.


Pengikut Nanlan berkata, mayat dibawa ke sana untuk ritual bagi membolehkan mereka 'ke syurga' dan disuntik dengan bahan kimia yang kuat untuk menghalangnya daripada reput.


Gambar menunjukkan pesara berambut putih itu yang dipanggil dengan nama Joseph ditahan oleh polis semalam.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 15-5-2022 04:28 PM | Show all posts
Gila kentang. Harap dimoviekan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Terigt 1 kes tok bomoh dr Indonesia yg bunuh dan tanam patients die kt ldg tebu blkg rmh
Ramai mcm ni lh
X igt mcmn kantao
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2022 01:49 PM | Show all posts
fuh ngeri betu..by the way cecair limfa tu cecair dalam badan ke mcm darah or any bendalir dalam badan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.078907 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list