CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2052|Reply: 26

[Jenayah] Polis tembak mati dua lelaki di Kuala Terengganu

[Copy link]
Post time 6-4-2022 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Polis tembak mati dua lelaki

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
April 5, 2022 @ 4:37pm



KUALA TERENGGANU: Dua lelaki mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Simpang Tok Ku di sini hari ini.

Dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian jenayah dan dadah ditemukan mati di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu dan Bukit Aman melakukan rondaan Op Kesan sebelum terserempak dengan sebuah kereta Honda Civic yang memandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Wakaf Beruas di sini.

Beliau berkata, pasukan itu kemudiannya mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun terus melarikan diri sebelum pihaknya bertindak mengejar kenderaan suspek.

Katanya, selepas hampir dua kilometer mengejar kenderaan dinaiki suspek, polis berjaya menghalang kenderaannya sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah polis.

"Anggota kita membalas tembakan berkenaan sebelum seorang penjenayah ditemukan mati di dalam kereta manakala seorang lagi suspek melarikan diri.

"Bagaimanapun, anggota kita berjaya mengejar suspek yang bersembunyi di dalam sebuah rumah kosong yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian tembakan pertama.

"Kita mengepung rumah berkenaan dan mengarahkan suspek menyerah diri namun enggan berbuat menyebabkan kita mengambil tindakan menyerbu ke dalam rumah itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wan Rukman berkata, suspek bertindak agresif apabila melepaskan tembakan ke arah polis namun terkena penghadang sebelum pasukan membalaskan tembakan berkenaan dan mengenai suspek.

Beliau berkata, suspek maut di tempat kejadian dan pihaknya sedang mengenal pasti identiti kedua-dua suspek termasuk senjata yang digunakan.


https://www.bharian.com.my/amp/b ... bak-mati-dua-lelaki

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2022 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Gabungan polis Ganu dan Bukit Aman.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2022 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Macamana polis boleh kesan kenderaan mencurigakan? Org selalu kata penjenayah boleh "bau" polis, polis mestilah lebih tau "bau" penjenayah.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:44 AM | Show all posts
dah macam cerita polis evo, bukit aman turun terengganu..tapi tu kes narkotik
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Puasa baru brp hari je…  asek baca polis kejar penjenayah je
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:33 AM | Show all posts
xkan la baru nak kenal pasti suspek....
ni bukan kes rompak bank, ni polis dah aim lama
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:29 AM | Show all posts
s@s@ replied at 6-4-2022 08:33 AM
xkan la baru nak kenal pasti suspek....
ni bukan kes rompak bank, ni polis dah aim lama

maybe dorg jalankan op lain, tp bertembung dgn penjenayah lain pula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 11:44 AM | Show all posts
ni kes tokan dadah sintetik.  dah lama polis aim katanya...  seeloknya mcm ni lah.  ada yang sahih telibat jenayah berat, kasi mampus terus je.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:50 AM | Show all posts
Tutup kes senang kerja tak perlu sibuk nak kena turun naik mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:59 AM | Show all posts
Kalau Islam, apa la nak jadi..time bulan Ramadan pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:15 PM | Show all posts
hurmm scary bila berlaku in real. dlm bulan puasa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:01 PM | Show all posts

niat di hati nak cari duit raya
terus tak sempat raya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:24 PM | Show all posts
Bagus. Lupuskan terus, senang kerja. X pyh bg makan dlm jel, x buang masa mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:36 PM | Show all posts
Terengganu dan Bukit Aman melakukan rondaan Op Kesan sebelum terserempak dengan sebuah kereta Honda Civic yang memandu dalam keadaan mencurigakan
dah lama nak tanya apa maksud "memandu dalam keadaan mencurigakan"

kalau acik2 yang bawa slow sekejap ke tepi sekejap ke tengah tu kira mencurigakan ka tak?


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:56 PM | Show all posts
That is a great question. The only problem is there are so many things that can seem suspicious, but I’ll give some examples ponder. A vehicle parked at a business that is closed and normally has an empty parking lot. A vehicle that passes by a certain business like bank or a residence 5 or 6 times in a very short amount of time. A vehicle that has a broken side glass . A 1970 Pinto with no right front fender plastic on the window traveling very slowly through a million dollar neighborhood at 3:30 in the morning.. Vehicles parked and occupied in any closed city or state park or boat launch. Sometimes it could be the actions of the driver or passengers unusual movement inside the vehicle after they see law enforcement can cause the officer to find that to be suspicious. License plate not attached to the vehicle properly or 2 tags displayed. A vehicle late night or daytime that stops in the roadway a good distance from the red light or stop sign or past the required stopping point. Vehicles traveling 10 to 15 MPH under or over the posted speed limit. Left turn signal for a right hand turn. Darker than legal tinted windows. Vehicles that come from known drug houses or drug areas. the list could go on for a while. Hope this gives you an idea.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
shop_girl replied at 6-4-2022 11:59 AM
Kalau Islam, apa la nak jadi..time bulan Ramadan pulak tu..

Kat teganu la Paling byk kes dah! Darul imang sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 02:41 PM | Show all posts
Ini mmg dah aim lama. Memang polis ikut sampai sahih keluar arahan 'jangan bawak balik, simpan'.
Apa lagi serbu, bam-bam terus blah. Polis yang turun berlatih tembak beribu, tu yg tepat kena sasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 02:42 PM | Show all posts
mcm dah dlm citer polis evo..kat trg juga movie tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 02:43 PM | Show all posts
s@s@ replied at 6-4-2022 08:33 AM
xkan la baru nak kenal pasti suspek....
ni bukan kes rompak bank, ni polis dah aim lama

Setuju, bukan terserempak ni, konfem dah aim lama.
Adegan tembak-menembak pun entah2 takde, mungkin yang ada scene SB ambush suspek & tembak mati
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.117488 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list