|
APABILA menyebut nama Yusof Chong, SS pasti terbayang kehebatan pelawak itu meniru suara golongan kenamaan di Malaysia antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk Seri Lim Kheng Yeik.SS dulu selalu menyaksikan persembahan ‘stand up comedy’ yang dilakukan Yusof Chong dalam beberapa ‘dinner show’ ketika dia masih aktif. Memang pecah perut melihat Yusof siap memakai rambut palsu sambil mengajuk gaya orang. Selepas Yusof, SS tidak nampak lagi siapa yang boleh mengikut jejaknya menghiburkan penonton.
Namun ketika ini SS dengar cerita penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mempunyai satu kelebihan yang sangat unik. Bezanya kepakaran Izwan bukan meniru suara dan gaya VIP sebaliknya, penyanyi wanita tempatan dan antarabangsa.
Mulanya SS tidak percaya, ingatkan kawan-kawan sengaja propa, tapi bila melihat sendiri tanpa disedari oleh Izwan, SS memang kagum dan ternganga. Izwan bukan saja pandai meniru suara Ning Baizura, Azharina, Dayang Nurfaizah dan Fauziah Latiff, tetapi lebih mengejutkan dia mampu meniru suara penyanyi Bollywood iaitu Lata Mangeshkar dan Alka Yagnik!
Antara lagu yang cukup dihafalnya adalah daripada filem lama, Bobby dan yang terbaru, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhie Khushi Kabhi Gham. Kalau artis Barat pula, suruhlah dia menyanyi lagu Beyonce Knowles, Amy Winehouse dan Carry Underwood. pasti kita akan terpegun dan terhibur.
SS tanya juga kenapa tidak tiru suara artis lelaki, jawapannya tone vokal Izwan sememangnya gemersik dan halus menyebabkan mudah untuk dia meniru dengan sempurna.
Bagi SS, ini sebenarnya satu kelebihan kerana kalau dimanfaatkan dalam persembahan mahupun program TV, ia pasti akan menambahkan lagi bakat yang tidak ada pada penyanyi lain. Tapi SS tahu Izwan sangat pemalu untuk mendedahkan bakat ini kecuali pada rakan terdekat. SS rasa dari aspek hiburan, ia memang satu kelebihan buat Izwan.
kredit: Harian Metro
p/s: pasni boleh la Izwan hasilkan album2 suara saduran....  |
|