CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 899|Reply: 3

Serangga Berjantina Khunsa Dijumpai

[Copy link]
Post time 18-2-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode
London – Seekor serangga batang belaan mengejutkan pemiliknya apabila ia didapati mempunyai dua jantina, lapor akhbar Daily Mail.


Serangga kayu berwarna hijau dinamakan Charlie itu merupakan sejenis gynandromorph pertama yang dilaporkan memiliki ‘kecacatan’ sedemikian, demikian menurut Muzium Sejarah Alam Semula Jadi.


Haiwan baru bersalin kulit mendedahkan ia mempunyai badan berwarna hijau seperti serangga betina dan sayap serangga jantan berwarna coklat.




Foto: Facebook Lauren Garfield





Menurut pemiliknya, Lauren Garfield, Charlie pada asalnya kelihatan sama seperti serangga batang lain yang dibiakkan di rumahnya di Waldringfield.


“Saya membiakkan banyak serangga dalam beberapa tahun dan tanpa disedari turut membiakkan seekor serangga batang hijau gynandromorphic.


“Ia bermaksud sebahagian badan haiwan itu adalah betina (bahagian berwarna hijau) dan sebahagian lagi adalah jantan (bahagian berwarna coklat beserta sayap),” kata Garfield pada hantaran di Facebook.


Wanita itu kemudian bersetuju untuk menyerahkan Charlie kepada pihak Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di London untuk tujuan kajian saintifik.


Sementara itu, seorang pakar serangga tersebut, Paul Brock berkata, Charlie mempunyai badan serangga jantan berwarna coklat pada bahagian kanan beserta sayap belakang yang penuh.


“Dalam spesies gynandromorph, termasuk Charlie, alat kelamin tidak terbentuk dengan sempurna.  Justeru, walaupun ia kelihatan seperti jantan, ia tidak akan dapat mengawan dengan betul dengan haiwan betina,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 08:03 PM | Show all posts
aduhhhh...bc artikel nie buat aku x lena tdor nanti.....balerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak haiwan khunsa, ader siap boleh tukar jantina lagi. Yang khunsa siput. Ikan kobudai betina boleyh jadi janton kalau cukup berat. Clown fish boleyh tukar daripada janton ke betina. Ikan gobies boleyh tukar jantina bila2 masa. Gittuew lgbtq+ haiwan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 08:56 AM | Show all posts
yang geng LGBT ni spesis haiwan la ek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.116345 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list