CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 26554|Reply: 326

[Jenayah] Mayat dengan tangan, kaki terikat dalam rumah berkunci

  [Copy link]
Post time 28-1-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Xim at 29-1-2022 08:33 PM

i baca kes ni tadi kt harian metro. ya Allah kesiannya kat si isteri
Tampin: Sayu hati seorang isteri apabila menemui mayat suaminya dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta dibalut dengan kain dan dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah di sini, petang hari ini.

Difahamkan, mayat berkenaan ditemukan pada 2.30 petang ketika isteri mangsa ke rumah sewa suaminya untuk melihat keadaan lelaki itu selepas tidak menjawab mesej sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin yang memaklumkan seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah rumah yang berkunci.

"Isteri bersama ibu dan anak pasangan itu ke rumah sewa lelaki berkenaan pada 2.30 petang bagi melihat keadaan mangsa yang tidak berjaya dihubungi kira-kira dua hari.

"Wanita berkenaan kemudiannya melihat melalui tingkap kerana rumah berkunci sebelum ternampak mangsa dalam keadaan perut kembung, kaki dan tangan terikat serta berbungkus sebelum meminta jiran menghubungi bomba," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati lokasi kejadian adalah rumah sewa kampung dan mangsa ditemui di atas tilam dalam sebuah bilik dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta dibalut dengan kain.

"Berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, kali terakhir mereka berhubung pada 3 petang Selasa lalu. Isterinya menghantar mesej menerusi WhatsApp pada Rabu dan hari ini, namun tidak dijawab," katanya.

Anuwal berkata, berdasarkan pemeriksaan awal pihaknya menganggar mangsa meninggal dunia lebih 24 jam lalu dan mayatnya sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tunku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Disiarkan pada: Januari 27, 2022 @ 9:54pm




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...sapalah yg bunuh agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, kira lama juga isteri dia baru dtg cari lps tak dpt contact tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bayar hutang Ah Long ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:54 PM | Show all posts
Sedihnya lah jumpa tak bernyawa dengan keadaan macam tu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la sebab dia kena bunuh mcm tu
Dah la mak dgn isteri yg jumpa dia dlm keadaan begitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal la sampai kena ikat dan bunuh mcm tu rupa. Kesian keluarga mangsa.
Ada musuh ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:18 PM | Show all posts
Kenapa aku rasa macam pelakunya adalah seorang serial killer, ya? Banyak kes yang serupa kalau google search dari sedekad lepas dah ada kes yang cara kematianya serupa - ikat kaki tangan dan bungkus/serkup kain. 3 April 2012, 27 Dec 2012, 23 Sep 2019, 10 Mac 2020, 3 Sep 2020 dan terkini kes yang kita sedang bincang ni la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 28-1-2022 08:49 PM
kesiannya, kira lama juga isteri dia baru dtg cari lps tak dpt contact tu

i ada baca kt komen fb wife balik rumah mak sbb dlm pantang. ctct suami tk dpt dh 2 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
capwayang replied at 28-1-2022 09:18 PM
Kenapa aku rasa macam pelakunya adalah seorang serial killer, ya? Banyak kes yang serupa kalau googl ...


Boleh tahan penaakulan ko. Marhaen biasa takdanya beri perhatian kes2 tak kontroversi cenggini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
i ada baca juga mangsa baru lps abis projek amal dgn NGO dia. muda lagi dia ni rasa nya .belum 30an pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya mimpi ngeri mana2 isteri bila suami tak dapat dihubungi

Sapa la yg bunuh jahatnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nia_salina replied at 28-1-2022 09:18 PM
i ada baca kt komen fb wife balik rumah mak sbb dlm pantang. ctct suami tk dpt dh 2 hari.

Aduh kesiannya menakutkanlaa suami iols dh la selalu outstation kadang tu tah mana2 dia duk kalau site tu dlm hutan la kat kawasan ladang pun ada.
Kalau tak duk hotel dia duk umah sewa dgn staff2 situ bygkan kalau dorang tu berniat jahat mcm2 dorang boleh buat.
Tu blm lg kadang dia bawak asst tu budak baru yg dia pun baru kenal hari tu.
Iols selalu ckp jgn marah2 budak kat site, jgn buat org sakit hati ke apa.
Iols teringat kes kat sebuah hotel kat pangkor, pekerja tu bunuh majikan dia sbb sakit hati kena marah dan kena buang keje.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannye ditemui dlm keadaan mcm tu. hrp nye ade la memane jiran ade cctv mcm kes perogol yg pecah masok rumah sorg perempuan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. harap isteri tu kuat semangat tak meroyan. Keluarga nak bg moral support pun takes time sebab dia sendiri yg jumpa nampak keadaan mayat suami camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:10 PM | Show all posts
susah nak kata apa pun

Allah saja yang lebih tahu

Takziah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 28-1-2022 09:36 PM
Aduh kesiannya menakutkanlaa suami iols dh la selalu outstation kadang tu tah mana2 dia duk kalau  ...

i pun takut benda2 cmni. tats y i sll pesan dgn my husb mulut kita ni kena jaga. mmg kita mrh tp kena jaga mulut sbb kadang kita tak tau org zaman skrg ni lain mcm ye .
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
capwayang replied at 28-1-2022 09:18 PM
Kenapa aku rasa macam pelakunya adalah seorang serial killer, ya? Banyak kes yang serupa kalau googl ...

Kes2 yg berlaku kematian serupa ni area mana? Kalau 1 kat Perlis, 1 kat Johor, 1 kat Sabah (maksud sy lokasi yg jauh2) bukan serial rasanya. Cuma, mungkin org tu meniru.

Tapi, kalau semua berlaku area nismilan, tak mustahil sbb nismilan ni kecik jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdsm gone wrong?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 12:15 AM | Show all posts
Innalillah...salam takziah buat keluarga arwah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.096674 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list