CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 207|Reply: 0

[Tempatan] Ye lah tuh! Longkang tersumbat punca banjir sekitar Taman Sri Muda petang ini

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Longkang tersumbat punca banjir sekitar Taman Sri Muda petang ini



Beberapa rumah penduduk sekitar Taman Sri Muda dekat Seksyen 25 Shah Alam dilanda banjir akibat hujan lebat petang tadi


SHAH ALAM: Beberapa kawasan sekitar Taman Sri Muda dekat Seksyen 25 di sini, sekali lagi dilanda banjir susulan hujan lebat melanda kira-kira jam 3 petang tadi.

Limpahan air berlaku berikutan longkang yang tersumbat sehingga menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, tinjauan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam mendapati, limpahan air berlaku berdekatan kolam kumbahan berhampiran sebuah pangsapuri.

"Jalan berkenaan masih boleh dilalui kenderaan dan air melimpah berkemungkinan akibat longkang yang tersumbat. Tinjauan juga mendapati air sudah mulai surut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu satu rakaman tular di Twitter menunjukkan berlaku kenaikan air terhadap sebatang jalan di kawasan Taman Sri Muda, bagaimanapun ia masih boleh dilalui kenderaan.

Pada Disember tahun lalu, kawasan Taman Sri Muda antara yang terkesan teruk akibat banjir yang menyebabkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Banjir yang tidak dijangka itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat luar biasa.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... sri-muda-petang-ini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 05:46 PM GMT+8 , Processed in 3.326247 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list