CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 327|Reply: 0

Shaza Bae buntu jatuh sakit, janji pentingkan kesihatan selepas ini

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Shaza Bae buntu jatuh sakit, janji pentingkan kesihatan selepas ini


Shaza Bae

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon Shaza Bae, 27, akan lebih mementingkan penjagaan kesihatannya selepas jatuh sakit akibat kerja 'berlebihan' beberapa hari lalu.

Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Muhammad Zamri berkata, dia buntu apabila dimaklumkan mengenai perkara itu doktor memandangkan dia mengimbangi kerjaya dan pemakanan serta aktiviti hariannya dengan baik.

"Saya mula pening kepala dan muntah-muntah. Selepas itu saya diberikan 'drip' di hospital untuk mengembalikan tenaga.

"Pelik juga apabila dikatakan kerja berlebihan kerana saya bukanlah seorang yang caca-marba. Saya tidaklah diet sehingga tidak makan sebaliknya mengambil makanan yang sihat.

"Itulah yang membuatkan saya buntu, namun saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati selepas ini. Doktor juga menasihatkan saya untuk mengimbangi gaya hidup dengan teratur," katanya kepada Harian Metro.

Shaza yang juga aktif sebagai pengacara berkata, jadual kerjanya tidak terganggu memandangkan produksi kini sedang berehat sementara menantikan babak seterusnya.

"Kebetulan ketika saya tidak sihat ini, kami memang diberikan rehat seketika sebelum masuk blok kedua. Mujurlah tiada apa yang tertangguh kerana tidak sedap pula membiarkan orang menunggu kita. Mungkin selepas ini saya perlu menjadikan pemeriksaan kesihatan bulanan sebagai rutin," katanya.

Shaza kini sibuk menjalani penggambaran Ulya & Dini arahan Tam Suhaimi yang akan ditayangkan bulan depan.

Selain Shaza, drama terbitan Global Station itu turut menampilkan Hun Haqeem, Noralbaniah dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... sihatan-selepas-ini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-7-2022 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.373698 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list