View: 447|Reply: 17
|
[Tempatan]
Pembalakan bagus untuk populasi harimau
[Copy link]
|
|
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata aktiviti pembalakan sebenarnya "bagus untuk populasi harimau".
Menurutnya, kesan pembalakan akan menyebabkan tumbuhnya tumbuhan baru yang menggalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada harimau.
"Berdasarkan fakta kajian oleh pakar, kawasan-kawasan selepas pembalakan sebenarnya bagus untuk populasi harimau.
"Populasi harimau akan lebih tinggi, apabila berlaku pembalakan kawasan itu akan ditumbuhi anak pokok. Jadi kawasan itu akan dihadiri haiwan seperti kancil yang menjadi makanan harimau. Ia akan memudahkan harimau memburu mangsanya.
"Tetapi dalam hutan simpan, susah untuk harimau tangkap (mangsa)," katanya pada sidang media ketika operasi bersepadu pencerobohan Hutan Simpan Relai, di Gua Musang, hari ini.
Abdul Khalim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan aktiviti pembalakan yang berleluasa boleh menyebabkan kepupusan harimau.
Mengulas lanjut mengenai aktiviti pembalakan, Abdul Khalim berkata, pihaknya sentiasa patuh dengan catuan tebangan tahunan (CTT).
Malah jelasnya lagi, aktiviti pembalakan hanya berlaku di kawasan hutan simpan pengeluaran.
"Kita di Kelantan sentiasa patuh mematuhi CTT yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara (MTN). Kita tidak melebihi catuan tebangan yang dibenarkan membabitkan keluasan 3,900 hektar setahun seperti dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-12.
“Malah, pembalakan hanya dilakukan di hutan simpan pengeluaran, bukannya hutan simpan perlindungan," tambah Abdul Khalim.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 24-1-2022 05:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Betul la. Lepas tu rimau tu duduk kat rumah kau agaknya
Bodoh
Baghal
Bortuqal
 |
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan fakta kajian oleh pakar, kawasan-kawasan selepas pembalakan sebenarnya bagus untuk populasi harimau.
Mintak dia tunjuk bukti |
|
|
|
|
|
|
|
Hutan tu habitat harimau dan seangkatan dengan nya.. apa benggong punya alasan memudah kan memburu pulak .
Demi nak menghalal kan cara macam2 jawapan bodoh kuar |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kena tebang tu, gimau gi mana?
Melancong?
Kancil tu pulak datang dr mana???
|
|
|
|
|
|
|
|
Jilake..bodoh...hutan tebal seronok korang tebang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup sebut apa saja yg mmg nampak bodoh asalkan matlamat mereka tercapai....manusia sendiri yg menjahanamkan bumi....dah jahanam bumi ada hati nk pi marikh |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Harimau pegi baham Abdul Khalim Abu Samah ni
Bagus utk diet harimau |
|
|
|
|
|
|
|
semoga harimau tu dpt duduk semeja dgn tuan bg membincangkan penempatan mereka yg telah ditarah..
Talkinnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau zaman PH ni tk hbes kena troll ni |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 24-1-2022 06:44 PM
Harap Harimau pegi baham Abdul Khalim Abu Samah ni
Bagus utk diet harimau
terus aku 'google'..nak tgk rupa orngnya...'sedang2'.….tak gemok,tak kurus... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiii......letak ko ajelah jadi makanan rimau tu...  |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah contoh ketua akhir zaman |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 24-1-2022 06:44 PM
Harap Harimau pegi baham Abdul Khalim Abu Samah ni
Bagus utk diet harimau
Aamiinnnnnnn3 |
|
|
|
|
|
|
|
X tau lerr nk bsedihhh or ketawa lps baca statement nieeee... |
|
|
|
|
|
|
| |
|