CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 547|Reply: 7

Bagi Racun Tikus, Kanak-kanak 5 Tahun Diculik Dan Dibunuh Cikgu Sendiri

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode


Kes pembunuhan kanak-Kanak Nigeria berusia lima tahun, Hanifa Abubakar mencetuskan kemarahan rakyat di negara itu.



Laporan kejadian yang tular di media sosial menyebabkan seluruh negara turut sama meratapi kematian Hanifa dan menuntut mahkamah agar menjatuhkan hukuman setimpal ke atas lelaki berkenaan.





Hanifa yang bersekolah di Noble Kids Nursery and Primary School, Kano diculik pada 4 Disember lalu. Bagaimanapun, jasad kanak-kanak perempuan yang sudah reput itu hanya ditemui pada Khamis lalu selepas suspek mengakui jenayahnya.





Lokasi Mayat Hanifa Ditanam







Kanak-kanak itu diculik Tanko Abdulmalik, pemilik sekolah dan juga guru di tempat Hanifa belajar. Dia melakukan jenayah itu ketika Hanifa dalam perjalanan pulang ke rumah.


Berdasarkan pengakuannya, dia menculik Hanifa untuk menuntut wang tebusan kira-kira AS$14,600 (RM61,122.90).


"Saya membawanya pulang ke rumah dan menipu isteri mengatakan dia anak kepada rakan sekerja wanita dan merayu agar saya menjaga anaknya buat beberapa hari kerana dia sedang melancong. Atas alasan itu, isteri saya bersetuju.


"Saya mulai bimbang apabila kanak-kanak itu mengenali saya. Lima hari selepas berita kehilangan Hanifa tersebar, beberapa orang guru datang ke rumah. Saya dapat rasakan mereka dihantar untuk bertanyakan hal itu. Saya kemudian terfikir untuk membunuhnya.


"Dua minggu kemudian, sekitar jam 11 malam, saya kejutkan Hanifa yang sudah tertidur. Saya berikan air teh yang sudah diletakkan racun tikus dan menyuruhnya minum. Saya menanam mayatnya di perkarangan sekolah kerana ia terlindungan daripada orang ramai," katanya.











Walaupun sudah membunuh Hanifa, dia tetap meneruskan agendanya untuk mendapatkan wang tebusan berkenaan. Tanko bagaimanapun ditahan ketika berada di lokasi yang ditetapkan untuk mengambil wang berkenaan.


Menurut salah seorang anggota keluarga Hanifa, Tanko adalah antara orang pertama menziarahi ibu bapa mangsa. Dia datang dengan linangan air mata dan menenangkan mereka. Kepercayaan yang wujud atas dasar hubungan antara ibu bapa dan guru menyebabkan Tanko adalah orang terakhir dalam senarai suspek.


Sementara itu, rakannya, Hashimu Isyaku turut ditahankan atas kesalahan dengan membantu Tanko melupuskan bukti dengan mengali lubang untuk menanam mangsa. Bagaimanapun, Isyaku mendakwa lubang berkenaan adalah untuk mengebumikan bayi jirannya yang meninggal dunia. - CARI



Sumber: The Cable dan Daily Trust





Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapkan pegar, pegar makan padi. Harapkan guru, guru yang bunuh murid sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya, Hanifa. Semoga rohnya dirahmati Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini pn caya je.
Xde berita ke kt sane. Xde gmbr ke.
Kesian bdk x berdosa. Agknye anak org kaya..

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Muke evil..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:47 AM | Show all posts
Cantiknya arwah. Sampai hati betul
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel budak nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 07:34 AM | Show all posts
comelnya hanifa.. jahatnya tanko ni..mcmana boleh jadi guru dgn hati hitam mcmni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.086541 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list