CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 127|Reply: 0

[Tempatan] 2 tahun ceroboh 20 hektar hutan simpan di Kelantan

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode
2 tahun ceroboh 20 hektar hutan simpan di Kelantan

https://www.utusan.com.my/terkin ... simpan-di-kelantan/

Oleh ROSLIZA MOHAMED
24 Januari 2022, 4:49 pm


ABDUL Khalim Abu Samah menunjukkan papan tanda dipasang di kawasan penerokaan haram di HSK Relai, Ladang Serasa, Gua Musang hari ini. - FOTO/ROSLZA MOHAMED

GUA MUSANG: Dianggarkan kira-kira 20 hektar tanah di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Relai, Ladang Serasa di sini telah diteroka secara haram, sebelum ditanam dengan kelapa sawit sejak dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan, kegiatan didalangi sindiket tempatan itu dikatakan berjaya menjual ladang kelapa sawit tanpa geran dengan harga semurah RM6,000 seekar atau RM14,400 sehektar kepada pembeli dari luar Kelantan.

Pengarah Perhutanan negeri, Abdul Khalim Abu Samah berkata, ramai berminat membelinya kerana harga ditawarkan itu terlalu rendah, tanpa mengetahui status sebenar ladang adalah kawasan HSK yang diteroka secara haram.

“Kita juga mendapati permintaan pihak tertentu yang membeli tanah diteroka itu adalah tinggi, walaupun ia tidak mempunyai geran kerana mereka hanya perlu membayar deposit sahaja untuk memilikinya.

“Hasil risikan dan pemantauan pihak kami, kegiatan sama turut dikesan di HSK Ulu Galas serta beberapa HSK lain di negeri ini. Jumlah keluasan HSK diwartakan di Kelantan setakat ini ialah 629,000 hektar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Khalim bersama 81 kakitangan Perhutanan Kelantan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyertai Op Khazanah di HSK Relai, Ladang Serasa di sini.

Dalam operasi tersebut, sebanyak empat jentolak digunakan untuk memusnahkan ladang kelapa sawit haram tersebut dan kerja-kerja terbabit dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari.

Mengulas lanjut Abdul Khalim berkata, berdasarkan usia pokok, sindiket dipercayai didalangi warga tempatan itu sudah mengusahakan kawasan yang diteroka secara haram sejak kira-kira dua tahun lalu.

“Operasi hari ini ialah susulan kepada langkah Jabatan Perhutanan Kelantan yang telah menampal notis pengosongan kawasan itu pada 16 Disember lalu dan operasi sama akan dibuat di kawasan lain juga selepas ini.

“Operasi hari ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Tanah Negara (MTN) supaya tindakan penguatkuasaan tegas dibuat terhadap penerokaan haram di setiap negeri selewat-lewatnya Jun ini,” katanya.

Tambah beliau, operasi pihaknya turut dibantu teknologi canggih iaitu imej satelit beresolusi tinggi dan terkini (FMRS), dron serta pasukan skuad khas yang ditugaskan meronda di kawasan HSK sekerap mungkin. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.077074 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list