CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 454|Reply: 4

[Tempatan] Dakwaan Maybank akan hadapi masalah kewangan besar tidak berasas

[Copy link]
Post time 24-1-2022 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Dakwaan Maybank akan hadapi masalah kewangan besar tidak berasas

https://www.malaysiakini.com/news/608201

Diterbitkan:  Jan 24, 2022 4:07 PM⋅
Dikemaskini: 4:55 PM



Malayan Banking Bhd (Maybank) menegaskan bahawa dakwaan yang ia akan menghadapi masalah kewangan besar disebabkan pendedahan kepada Genting Hong Kong adalah sesuatu yang tidak berasas.

Maybank menjelaskan pihaknya tidak mengulas mengenai pendedahan kepada pelanggan atau pelanggan yang didakwa atas obligasi kerahsiaan.

“Kami ingin menekankan bahawa Maybank amat menitikberatkan perakaunan yang ketat berkaitan peruntukan dan susut nilai pinjaman, mengikut keperluan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), dan perakaunan ini juga tertakluk kepada semakan oleh juruaudit luaran kami dan pihak pengawal selia,” menurut Maybank dalam kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu bertujuan menjawab pertanyaan Bernama mengenai laporan akhbar baru-baru ini bahawa Maybank merupakan antara tiga bank Malaysia yang akan berdepan masalah kewangan besar susulan pendedahan kepada Genting Hong Kong.

Maybank menambah, pihaknya mengamalkan proses pemantauan kualiti aset yang ketat, di mana peminjam rentan dikenal pasti dan diuruskan sewajarnya daripada bermulanya sebarang potensi kelemahan kualiti aset.

“Justeru, peruntukan pinjaman akan dilaksanakan secara proaktif daripada bermulanya sebarang kelemahan kualiti aset berasaskan penarafan risiko pinjaman dengan bank.

“Oleh yang demikian, Maybank menegaskan bahawa caj kredit bersih semasa kami bagi panduan untuk peruntukan pinjaman adalah kekal tidak berubah dan kami boleh mengesahkan bahawa kedudukan kewangan kami kekal kukuh,” jelasnya.

Media melaporkan keuntungan tiga bank Malaysia termasuk Maybank, dijangka terjejas berikutan masalah yang dihadapi pengendali kapal persiaran, Genting Hong Kong -- firma korporat Asia yang amat terkesan ekoran pandemik Covid-19.

Dua bank lain ialah CIMB dan RHB Bank Bhd.

Straits Times Singapura melaporkan ketiga-tiga bank ini merupakan antara beberapa pemuitang tidak bercagar utama bagi Genting Hong Kong, dengan gabungan pendedahan berjumlah US$600 juta (RM2.5 bilion).



Pemfailan pembubaran Genting Hong Kong dibuat seminggu selepas anak syarikatnya bagi pembuatan kapal di Jerman, MV Werften, mengalami situasi ketakmampuan bayar, dan ia merupakan satu perkembangan yang mencetuskan kemungkiran silang bagi pelbagai pengaturan pembiayaan keseluruhan syarikat itu bernilai lebih US$2.7 bilion, lapornya.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
@pengecatbintang : Setitah 2 pliz..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:30 PM | Show all posts
baru sahaja pukul 2 TT buka thread ada kesan, pukul 5 bukak lagi satu thread dah tak ada kesan pulak

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya gosip tu berasas juga.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:34 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 24-1-2022 07:52 PM
@pengecatbintang : Setitah 2 pliz..

mungkinkah company kat HK tu antara domino selepas 1st domino iaitu Evergarande..

CRISIS : combination of global economy collapse (financial panic) + cyberattack + war

SOLUTION : RESET

TUNGGU




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.075518 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list