CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 467|Reply: 5

[Tempatan] Pembalakan bagus untuk harimau - Jabatan Perhutanan Kelantatan

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Pembalakan bagus untuk harimau - Jabatan Perhutanan K'tan

https://www.malaysiakini.com/news/608190

N Faizal Ghazali
Diterbitkan:  Jan 24, 2022 3:47 PM⋅
Dikemaskini: 3:51 PM



Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata aktiviti pembalakan sebenarnya "bagus untuk populasi harimau".

Menurutnya, kesan pembalakan akan menyebabkan tumbuhnya tumbuhan baru yang menggalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada harimau.

"Berdasarkan fakta kajian oleh pakar, kawasan-kawasan selepas pembalakan sebenarnya bagus untuk populasi harimau.

"Populasi harimau akan lebih tinggi, apabila berlaku pembalakan kawasan itu akan ditumbuhi anak pokok. Jadi kawasan itu akan dihadiri haiwan seperti kancil yang menjadi makanan harimau. Ia akan memudahkan harimau memburu mangsanya.

"Tetapi dalam hutan simpan, susah untuk harimau tangkap (mangsa)," katanya pada sidang media ketika operasi bersepadu pencerobohan Hutan Simpan Relai, di Gua Musang, hari ini.

Abdul Khalim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan aktiviti pembalakan yang berleluasa boleh menyebabkan kepupusan harimau.

Mengulas lanjut mengenai aktiviti pembalakan, Abdul Khalim berkata, pihaknya sentiasa patuh dengan catuan tebangan tahunan (CTT).

Malah jelasnya lagi, aktiviti pembalakan hanya berlaku di kawasan hutan simpan pengeluaran.

"Kita di Kelantan sentiasa patuh mematuhi CTT yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara (MTN). Kita tidak melebihi catuan tebangan yang dibenarkan membabitkan keluasan 3,900 hektar setahun seperti dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

“Malah, pembalakan hanya dilakukan di hutan simpan pengeluaran, bukannya hutan simpan perlindungan," tambah Abdul Khalim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:13 PM | Show all posts
Biar betul?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
1st time dengor ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kajian pakar samdol mana?

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:28 PM | Show all posts
apabila berlaku pembalakan kawasan itu akan ditumbuhi anak pokok. Jadi kawasan itu akan dihadiri haiwan seperti kancil yang menjadi makanan harimau. Ia akan memudahkan harimau memburu mangsanya.

so selama ni harimau nak pupus sebab takde yang trim hutan la?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074775 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list